Page 48 - KARANGAN
P. 48
seorang yang unik, seorang yang tabah, dan berjaya dalam bidang kerjayanya. Sebagai
contoh Hijjaz Kasturi, seorang arkitek luar biasa negara, mendapat pendidikan di Adelaide
University dan seterusnya ke Melbourne University, Australia. Sekembalinya ke Malaysia
tahun 1967, beliau telah memiliki kemahiran tersendiri dan menerajui bidang arkitek negara.
Beliau telah memenangi pertandingan rekebentuk menara Maybank, bangunan Tabung Haji
dan menara Telekom. Setiap rekabentuk bangunannya menerapkan ciri-ciri keIslaman
hingga ke hari ini sehingga namanya tersohor di Persada dunia. Sekiranya pelajar
mempunyai idola sendiri, sudah pasti kerjaya pilihan mereka sebagai seorang arkitek akan
dapat direalisasikan kerana setiap sejarah kejayaan serta teladan seperti ketekunan,
kegigihan dan kekreatifan idola mereka memotivasikan mereka untuk berjaya bukan sahaja
di Malaysia malah keseluruh dunia. Tegasnya, seseorang pelajar yang ingin berjaya
menggapai kerjaya idamannya memerlukan idola agar dapat mempengaruhi minda dan
semangat mereka untuk berjaya.
Selain itu, sokongan dan doa ibu bapa amat perlu untuk memastikan kerjaya idaman
remaja dapat direalisasinan. Ironisnya, jika minat seseorang itu tidak mendapat sokongan
daripada kedua-dua ibu bapa, sudah tentulah punah harapan mereka. Hal ini bermakna,
seseorang yang hanya mempunyai minat tetapi tidak mendapat restu daripada kedua-dua
ibu bapa mereka tentang pemilihan kerjayanya, sudah pasti mereka akan kecundang di
peringkat awal lagi. Oleh hal yang demikian, ibu bapa sewajarnya menyokong minat anak-
anak walaupun pemilihan kerjaya mereka bertentangan dengan harapan kedua-dua ibu
bapa. Bagi menyokong pemilihan kerjaya anak-anak mereka, ibu bapa boleh
memperlengkapkan segala keperluan anak-anak dalam memenuhi kriteria yang
diperlukan. Sebagai buktinya, ibu bapa bolehlah memberikan dorongan, semangat dan
motivasi kepada anak-anak sama ada dalam bentuk material mahupun spiritual. Sekiranya,
ibu bapa tidak turut serta membantu usaha anak mereka untuk menggapai kerjaya idaman
mereka sudah pasti usaha berkenaan tidak akan kesampaian. Izharlah bahawa ibu bapa
juga berperanan menyokong minat anak-anak mereka dalam merealisasikan kerjaya masa
depan anak-anak mereka.
Perbincangan saya telah meniti ke puncaknya, maka sebagai akhirulkalam, minat
menjadi prioriti utama dalam pemilihan sesuatu kerjaya. Dalam konteks ini, ibu bapa
memainkan peranan penting dalam pemilihan kerjaya anak-anak mereka. Hal ini demikian
kerana anak-anak mereka memerlukan sokongan dan dorongan daripada mereka sama ada
dari aspek mental, spiritual mahupun fizikal. Contoh ketara dari aspek sokongan mental dan
spiritual ialah ibu bapa perlu memberikan motivasi kepada anak-anak, manakala sokongan
dari aspek fizikal pula ialah mereka perlu menyediakan kelengkapan belajar anak-anak
seperti buku rujukan dan menghantar mereka ke pusat tuisyen. Sekiranya hal ini dapat
dilaksanakan maka tidak ada lagi orang yang akan sesat di perjalanan untuk memilih
kerjaya kerana mereka menetapkan sasaran dari awal lagi. Walaupun demikian, jika
seseorang mempunyai minat dan hala tuju yang jelas, tetapi mereka bersikap genggam-
genggam bara, terasa panas dilepaskan dan tidak ada semangat kegigihan, ketabahan,
keiltizaman dan kecekalan, sudah pasti segala hasrat termasuk kerjaya yang menjadi
idaman akan hancur lebur umpama kubur tanpa nisan. Tuntasnya, perkara-perkara yang
dinyatakan di atas hendaklah dilaksanakan secara efektif dan janganlah bersikap keras-
keras kerak nasi yang mudah putus asa supaya pemilihan bidang kerjaya impian akan
menjadi lebih jelas lagi.
48 | P a g e

