Page 27 - Soalan & Jawapan Sem 1 (Bahagian B)_Neat
P. 27

-   Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif
                            -   Pembentukan imej agensi dan jabatan
                            -   Sistem penyampaian awam perlu inovatif, kreatif dan cekap
                            -   Mengaplikasi teknologi maklumat dan komunikasi

                         173.  Nyatakan 4 cara untuk meningkatan kualiti modal insan.
                            -   Memperluaskan akses kepada pendidikan berkualiti
                            -   Mempergiat program latihan dan kemahiran
                            -   Memperkasa pendidikan awal kanak-kanak
                            -   Menambak baik kualiti pendidikan untuk meningkatkan outcome pelajar dan kecemerlangan
                                institusi pengajian tinggi
                            -   Mengarusperdanakan pendidikan teknikal dan latihan vokasional
                            -   Mentransformasikan TVET untuk memenuhi permintaan industri
                            -   Memantapkan pendidikan sekolah rendah dan menengah
                            -   Memperkukuhkan pembelajaran sepanjang hayat untuk meningkatkan kemahiran
                            -   Menambah baik kecekapan pasaran buruh

                         174.  Terangkan 2 faktor yang menjejaskan integriti.
                            -   Faktor Individu - kurang pendidikan dan penghayatan nilai-nilai murni, etika kerja lemah,
                                tekanan hidup, tamak.
                            -   Faktor kepimpinan - kepimpinan kurang berteladan dan kelemahan iltizam serta kurang
                                ketelusan
                            -   Faktor sistem dan prosedur - kelemahan sistem, prosedur dan garis panduan. Kurang
                                pemantauan dan penilaian. Kurang penguatkuasaan.
                            -   Budaya- Budaya rasuah dan sikap mengampu
                            -   Struktur dan Institusi – Kekurangan pemantauan dan koordinasi

                         175.  Nyatakan 4 sasaran PIN (Pelan Integriti Nasional)
                            -   Mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa secara berkesan.
                            -   Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam
                            -   Mengatasi kerenah birokrasi
                            -   Meningkatkan tadbir urus koperat dan etika perniagaan
                            -   Memantapkan institusi keluarga dan komuniti
                            -   Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat.

                         176. Berikan 2 kesan apabila sistem penyampaian yang lemah
                            -   Mengakibatkan kos operasi tinggi dan mahal
                            -   Wujudnya budaya kerja negatif yang berleluasa
                            -   Tekanan dan banyak aduan komuniti
                            -   Menjejaskan kemasukan pelabur asing
                            -   Menjejaskan reputasi perkhidmatan kerajaan
                            -   Merosakkan kepercayaaan antara kerajaan dan peniaga/pedagang dan komuniti
                            -   Menjejaskan pembangunan negeri dan negara
                            -   Menjejaskan imej negara

                         177.  Jelaskan dua langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan daya saing
                            -   Meningkatkan penggunaan teknologi moden - huraian
                            -   Meningkatkan kualiti pendidikan – huraian
                            -   Menghasilkan produk yang ada tambah nilai – huraian
                            -   Memantapkan sistem penyampaian kerajaan – huraian
                            -   Menjemput pakar teknikal – huraian
                         178.  Huraikan 2 faktor yang mempengaruhi daya saing negara
                            -   Strategi, struktur dan tingkat persaingan perusahaan - Bagaimana unit-unit
                                perusahan di dalam suatu negara terbentuk, diorganisasi, dikelolakan dan bagaimana
                                tingkat persaingan dalam negaranya
                            -   Sumber dalam negara - Sumber manusia, bahan mentah, ekonomi berteraskan pengetahuan,
                                modal dan infrastuktur turut mempengaruhi daya saing sesebuah negara.
                            -   Permintaan domestik - Permintaan di dalam negeri terhadap produk tempatan
                                merupakan aspek yang mempengaruhi arah perkembangan sektor industri.
                            -   Industri hiliran - Mampu bersaing pada peringkat antarabangsa seperti Syarikat Proton dengan
                                vendornya.

                      Unit Pengajian Am KISAS                                                     Page 27
   22   23   24   25   26   27   28