Page 22 - Soalan & Jawapan Sem 1 (Bahagian B)_Neat
P. 22
131. Nyatakan 3 kriteria yang diambil kira dalam pembahagian bidang kuasa mahkamah awam di Malaysia
- Berat kes
- Jenis kes
- Jumlah tuntutan dalam kes perbicaraan
132. Terangkan 2 sebab perundangan subsidiari diperlukan dalam pentadbiran negara
- Perundangan kecil lebih fleksibel kerana mudah untuk dipinda dan dibatal
- Terdapat kekurangan teknikal untuk Parlimen menggubal undang-undang yang bersifat khusus
133. Huraikan 2 sumber undang-undang tidak bertulis
- Undang-undang adat – Undang-undang yang diwarisi turun temurun secara lisan contoh Adat
Pepatih dan Adat Temenggung. Adat Pepatih diamalkan oleh masyarakat Minangkabau di
Negeri Sembilan
- Keputusan Mahkamah – Hakim Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan sesuatu kes apabila
sesuatu kes yang dibicarakan tiada dalam statut tempatan. Ia dilaksanakan berdasarkan doktrin
duluan kehakiman yang mengikat.
- Undang-undang Inggeris/Commom Law – Undang-undang Inggeris adalah undang-undang
tidak bertulis. Undang-undang Inggeris akan diguna pakai sekiranya tiada rujukan dalam statut
tempatan.
- Undang-undang Islam – Undang-undang Islam adalah berlandaskan hukum syarak di mana Al-
Quran dan Hadis merupakan sumber rujukan utama
134. Nyatakan 2 keadaan yang memboleh penggunaan Commom Law di Malaysia.
- Jika tiada statut tempatan berkaitan dengan undang-undang yang dirujuk maka Undang-undang
Inggeris boleh digunakan
- Undang-undang Inggeris akan digunakan apabila undang-undang tersebut sesuai dengan adat
dan budaya tempatan.
135. Nyatakan 3 peranan Peguam Negara.
- Penasihat utama undang-undang kepada kerajaan
- Menasihat Yang di-Pertuan Agong, Jemaah Menteri dan mana-mana menteri mengenai apa-apa
perkara mengenai undang-undang dan melaksanakan apa-apa tugas lain yang bersifat undang-
undang.
- Mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya iaitu untuk memulakan,
menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan, selain prosiding di
hadapan Mahkamah Syariah, Mahkamah Anak Negeri atau Mahkamah Tentera.
136. Nyatakan 3 fungsi badan kehakiman.
- Melindungi hak-hak asasi rakyat/manusia daripada pencerobohan pihak eksekutif, pihak-pihak
tertentu mahupun orang perseorangan
- Berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang.
- Mentadbir keadilan melalui proses perbicaraan di mahkamah
- Menyemak undang-undang Parlimen, Dewan Undangan Negeri dan pertubuhan
- Membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan setakat mana
yang bercanggah.
137. Huraikan 2 bidang kuasa ekslusif Mahkamah Persekutuan.
- Mengendalikan kes-kes perselisihan faham antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan
Negeri atau antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Negeri yang lain.
- Menentukan kesahan undang-undang yang digubal di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
138. Nyatakan 2 contoh kes yang dibicarakan di mahkamah-mahkamah khas.
- Kesalahan disiplin yang dilakukan oleh anggota tentera dibicarakan di Mahkamah Tentera
- Kesalahan melanggar adat kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak dibicarakan di Mahkamah
Bumiputera
- Pertikaian antara majikan dan pekerja dibicarakan di Mahkamah Perindustrian
139. Huraikan 2 cara tertuduh boleh memberikan keterangan di mahkamah.
- Memberi keterangan dalam kandang - Tertuduh tidak boleh dikenakan pemeriksaan balas oleh
pendakwa
- Memberi keterangan bersumpah - Tertuduh boleh diperiksa balas oleh pendakwa
- Memilih untuk berdiam diri di mahkamah - Pendakwa terpaksa membuktikan yang tertuduh
bersalah sehingga tidak ada syak wasangka yang munasabah
Unit Pengajian Am KISAS Page 22

