Page 23 - Soalan & Jawapan Sem 1 (Bahagian B)_Neat
P. 23

140.  Nyatakan 4 bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah.
                            -   Kesalahan matromoni (berkahwin lebih daripada 4 orang isteri)
                            -   Tidak berpuasa dalam bulan Ramadan
                            -   Berjudi
                            -   Berzina
                            -   Meminum dan menjual minuman keras
                            -   Berkhalwat
                            -   Menyertai pertandingan ratu cantik
                            -   Menyebar dan mengamal ajaran sesat
                            -   Tidak membayar zakat dan fitrah
                            -   Tidak sembahyang Jumaat

                         141.  Nyatakan 3 keistimewaan badan kehakiman.
                            -   Seorang hakim tidak boleh didakwa semasa menjalankan tugasnya dan tidak perlu menjawab
                                komen orang lain.
                            -   Saraan hakim ditentukan oleh Kumpulan Yang di-Satukan Persekutuan
                            -   Kelakuan seorang hakim tidak boleh dibincang di mana-mana majlis Parlimen kecuali mendapat
                                sokong ¼ ahli dewan.
                            -   Kelakuan seorang hakim tidak boleh dipersoalkan di Dewan Undangan Negeri.
                            -   Hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding
                                dengan Majlis Raja-raja.

                         142. Huraikan 2 cara penamatan jawatan Hakim mahkamah Tinggi
                            -   Melalui perletakan jawatan - Dengan menulis surat perletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan
                                Agong dan boleh dilakukan bila-bila masa
                            -   Melalui pemecatan iaitu dipecat oleh yang diPertuan Agong atas syor tribunal

                         143. Terangkan 2 pendekatan Mahkamah Kanak-kanak dalam memelihara masa depan pesalah kanak-
                             kanak.
                            -   Perbicaraan - Perbicaraan dijalan secara tertutup daripada awam dan identiti pesalah juvana
                                tidak didedahkan kepada pihak umum
                            -   Kesalahan - Kesalahan yang disabitkan terhadap pesalah juvana tidak direkodkan oleh pihak
                                mahkamah dan tidak dipenjarakan sebaliknya dihantar ke pusat pemulihan akhlak atau ibubapa
                                dikenakan bon.

                         144.  Terangkan 2 tindakan yang boleh diambil oleh mahkamah terhadap pihak yang kalah dalam kes sivil.
                            -   Pihak defenden yang kalah dikehendaki membayar ganti rugi dan tuntutan pihak tertuduh
                            -   Pihak yang gagal sama ada pihak plantif dan defenden dikehendaki membayar kos perbicaraan

                         145.  Nyatakan 3 golongan banduan yang tidak boleh dihukum sebat/rotan.
                            -   Banduan wanita
                            -   Banduan yang akan dihukum gantung sampai mati
                            -   Banduan warga emas/berumur 60 tahun ke atas

                         146.   Nyatakan 4 jenis hukuman yang boleh dijatuhkan ke atas pesalah kanak-kanak.
                            -   Memerintahkan kanak-kanak di pusat/sekolah pemulihan akhlak.
                            -   Memerintahkan ibubapa atau penjaga menandatangi bon
                            -   Meletakkan kanak-kanak di bawah penyeliaan pegawai akhlak
                            -   Menempatkan kanak-kanak di bawah jagaan saudara/penjaga yang sesuai
                            -   Memerintahkan kanak-kanak/ibubapa membayar denda/kos/gantirugi
                            -   Mengenakan hukuman penjara jika kesalahan yang dilakukan adalah serius

                         147. Nyatakan 4 bidang kuasa sivil bagi Mahkamah Syariah.
                            -   Hal-hal berkaitan dengan pertunangan, perkahwinan dan penceraian
                            -   Harta sepencarian
                            -   Harta wakaf
                            -   Wasiat
                            -   Hak penjagaan anak
                            -   Pengambilan anak angkat




                      Unit Pengajian Am KISAS                                                     Page 23
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28