Page 25 - Soalan & Jawapan Sem 1 (Bahagian B)_Neat
P. 25
157. Nyatakan 2 bidang kuasa perundangan Biro Bantuan Guaman di bawah kes Jenayah.
- Pengakuan salah jenayah
- Jenayah kanak-kanak
- Kesalahan kecil jenayah
158. Berikan 4 kes sivil yang boleh dibantu oleh Biro Bantuan Guaman.
- Pampasan pekerja
- Harta pusaka
- Tuntutan kemalangan jalan raya
- Sewa beli
- Pinjaman wang
- Pengambilan anak angkat
- Tuntutan pengguna
159. Nyatakan 2 bentuk/jenis penghinaan mahkamah.
- Penghinaan Jenayah
- Penghinaan Sivil
160. Nyatakan 3 contoh penghinaan mahkamah dalam bentuk penghinaan sivil
- Kegagalan menghadirkan diri di mahkamah dengan sengaja
- Kegagalan mematuhi penghakiman atau proses mahkamah
- Tidak mematuhi sepina (arahan untuk menghadirkan diri di mahkamah bagi memberi
keterangan/sebagai saksi perbicaraan).
161. Huraikan 2 kesan buruk globalisasi kepada ekonomi negara.
- Monopoli syarikat muttinasional - Syarikat-syarikat kecil akan ketinggalan dan tidak mampu
bersaing dengan syarikat besar
- Kesukaran untuk mengawal aliran modal asing
- Penghakisan kedaulatan ekonomi negara
162. Nyatakan empat langkah kerajaan untuk menghadapi cabaran globalisasi dalam ekonomi
- Meningkatkan pengeluaran dan kualiti produk tempatan
- Meningkatkan kualiti modal insan atau tenaga kerja
- Meningkatan kemudahan infrastruktur
- Mengkaji semula dasar-dasar kerajaan
163. Nyatakan 3 kesan baik globalisasi kepada ekonomi negara.
- Mewujudkan perdagangan bebas
- Memperluaskan pasaran barangan
- Pemindahan teknologi
- Menggalakkan daya saing negara
- Peningkatan produktiviti produk
- Peningkatan aliran buruh
- Penambahan keupayaan modal dalam negara
164. Huraikan 2 aspek tadbir urus yang baik.
- Aspek Prestasi - pengurusan penyampaian adalah amat penting dalam penyampaian
perkhidmatan yang efektif dan efesien seperti yang diharapkan oleh pihak berkepentingan di
samping memastikan perkhidmatan tersebut ‘value for money’ serta pengurangan terhadap
pembaziran sumber dan dana.
- Aspek Pematuhan terhadap undang-undang - setiap organisasi / agensi perlu mematuhi segala
peraturan, undang-undang, piawaian (standard) yang diguna pakai dan harapan masyarakat
terhadap amalan kejujuran, akauntabiliti dan intergriti serta ketelusan dalam perkongsian
maklumat.
165. Senaraikan 4 tindakan susulan untuk memperbaiki sistem penyampaian dan perkhidmatan awam.
- Pembangunan sumber manusia
- Pemantapan sistem dan prosedur kerja
- Pengemaskinian undang-undang dan data
- Penggunaan ICT dalam sistem penyampaian
Unit Pengajian Am KISAS Page 25

