Page 16 - Prospektus kurikulum skk7
P. 16
PROSPEKTUS KURIKULUM
2019-
BAHAGIAN
B
denganteratur. Mengajar sambil duduk/bertenggek di atas meja adalah tidak dibenarkan.
14.2 Semasa mengajar guru-guru hendaklah mewujudkan suasana pembelajaran yang
aktif. Jangan sama sekali membiarkan mana-mana pelajar tidur dan membuat bising.
15.0 BUKU LATIHAN MURID
15.1 Guru-guru hendaklah memberitahu murid-murid untuk hanya menggunakan buku
latihan yang ada dijual di kedai buku sekolah atau mana-mana buku latihan yang
dipersetujui oleh Guru Besar untuk kegunaan mereka.
15.2 Guru-guru hendaklah mempastikan setiap murid membuat kerja latihan yang
diarahkan dan mengawasi supaya segala kerja murid dilakukan dengan bersih, kemas dan
teratur.
15.3 Guru-guru dikehendaki menyerah buku-buku latihan murid ini kepada Ketua Panitia/
Penolong Kanan/Guru Besar untuk ditandatangani.
16.0 LATIHAN BERTULIS DAN PEMERIKSAANNYA
16.1 Guru hendaklah memberi latihan bertulis kepada murid-murid seberapa kerap yang
mungkin.
16.2 Latihan yang diberi hendaklah yang boleh mencabar kebolehan keupayaan murid.
16.3 Pemeriksaan latihan bertulis hendaklah dilakukan oleh guru sendiri dan dijalankan
secepat mungkin dan hendaklah sentiasa kemaskini. Guru-guru tidak boleh menyimpan
satu-satu buku latihan murid-murid lebih dari satu minggu di bilik darjah.
15 | P a g e

