Page 15 - Prospektus kurikulum skk7
P. 15

PROSPEKTUS   KURIKULUM
                                                                                            2019-
                                                                                            BAHAGIAN
                                                                                            B


                  12.0 SURAT MENYURAT
                  Semua surat rasmi yang menggunakan ‘letter head’ sekolah hendaklah ditandatangani

                  oleh Guru Besar untuk disampaikan kepada pihak-pihak berkenaan.

                  12.1 Terdapat surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedarkan kepada guru untuk

                  diambiltindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap surat-
                  surattersebut.

                  12.2 Jika surat itu ditujukan kepada guru berkenaan dengan menyatakan melalui dan

                  salinan kepada Guru Besar, surat itu boleh disimpan sendiri setelah diambil tindakan.

                  12.3 Jika surat itu ditujukan kepada Guru Besar dan Guru Besar mengedarkannya untuk
                  tindakan guru berkenaan maka guru itu hendaklah:-

                  12.3.1 Memastikan sama ada surat yang diterima itu salinan asal atau fotostat, jika

                  salinan asal sila minta difotostat terlebih dahulu supaya salinan asal disimpan dalam fail di

                  pejabat.
                  12.3.2 Jika tindakan yang perlu diambil merupakan mengisi maklumat dalam borang yang

                  dilampirkan, maka borang tersebut hendaklah ditaip dan setelah lengkap diisi hendaklah

                  diserahkan kepada Pembantu Tadbir untuk disediakan surat litup/iringan (covering) dan

                  hantar segera ke pihak yang berkenaan 3 hari sebelum tarikh akhir dan elakkan menerima
                  peringatan daripada pihak berkenaan.

                  12.3.3 Segala surat rasmi sekolah yang dituju kepada pihak luar hendaklah hanya

                  ditandatangani oleh Guru Besar sahaja, kecuali jika beliau sedang bercuti dan sebagainya,

                  maka surat itu akan ditandatangani oleh Penolong Kanan bagi pihak Guru Besar.


                  13.0 KELUAR MASUK KELAS MENEPATI MASA

                  Guru-guru dikehendaki memasuki kelas untuk mengajar dengan menepati masa.
                  Demikian juga guru-guru yang sedang mengajar dikehendaki menamatkan pengajarannya

                  sebaik sahajamasa tamat.



                  14.0 PERLAKUAN WAKTU MENGAJAR

                  14.1 Semasa mengajar guru-guru hendaklah berada di dalam keadaan yang cergas serta
                  membolehkan mereka mengawal murid dengan baik serta menyampaikan pengajaran


                  14 | P a g e
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20