Page 14 - Prospektus kurikulum skk7
P. 14
PROSPEKTUS KURIKULUM
2019-
BAHAGIAN
B
9.0 TANDA NAMA
Semua guru dan staf sokongan hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan,
majlis rasmi di sekolah atau apabila ada urusan rasmi di luar sekolah.
10.0 TUGAS GURU
10.1 Tugas guru diberikan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, HEM dan juga
pentadbiran.
Tugas tersebut hendaklah dilaksanakan dengan dedikasi dan bertanggungjawab.
10.2 Sekiranya guru dikehendaki menghadiri mesyuarat, di PPD /JPNi atau sekolah lain
hendaklah dipatuhi. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain
melaksanakannya tanpa keizinan Guru Besar.
10.3 Guru yang mewakili sekolah dalam mana-mana mesyuarat atau taklimat di luar,
minit curai hendaklah dikemukakan kepada Guru Besar dengan menggunakan borang
khas yang boleh diperolehi di Pejabat Sekolah.
10.4 Guru yang mewakili sekolah ke sesuatu kursus, seminar atau seumpamanya, apabila
balikke sekolah hendaklah menjalankan ”In-House Training” kepada guru dan
dimaklumkan kepada Guru Besar/ Penolong Kanan tarikh dan masa pelaksanaannya.
10.5 Guru yang melakukan tugas rasmi di luar, hendaklah menyediakan bahan tugasan
bertulis untuk pelajar dan memaklumkan kepada Ketua Panitia/Penolong Kanan.
11.0 REKOD MENGAJAR
11.1 Setiap guru bertanggungjawab terhadap keselamatan Rekod Mengajar. Semua
butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. Buku ini hendaklah
diserahkan kepada Guru Besar setiap hari Jumaat untuk disemak dan ditandatangani.
11.2 Guru yang bercuti, buku rekodnya hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan
untuk urusan guru pengganti.
11.3 Setiap akhir tahun persekolahan, Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat
sekolah.
13 | P a g e

