Page 13 - Prospektus kurikulum skk7
P. 13

PROSPEKTUS   KURIKULUM
                                                                                            2019-
                                                                                            BAHAGIAN
                                                                                            B


                  7.6 Cuti Tanpa Rekod
                  Cuti tanpa rekod yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana bekerja lebih masa, cuti

                  latihan pasukan sukarela, menghadiri latihan atau khemah tahunan

                  pertubuhan/persatuan, latihan syarikat kerjasama, menduduki peperiksaan, mesyuarat

                  persatuan ikhtisas, mengambil bahagian sukan, tugas khas perubatan.
                  7.7 Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat.

                  Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat selama tiga (3) hari

                  sebagai cuti tanpa rekod. Ahli keluarga yang diambil kira ialah: suami atau isteri, anak-

                  anak, ibu dan bapa kandung. Pengiraan cuti termasuk hari rehat dan pelepasan am.
                  Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.



                  8.0 PAKAIAN

                  8.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion perguruan dan
                  masyarakat. Semua jenis pakaian `jeans` tidak dibenarkan.

                  8.2 Pakaian berbentuk seluar, pakaian nipis, ketat, menampakkan bentuk badan dan

                  mendedahkan aurat tidak dibenarkan bagi guru perempuan.

                  8.3 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang
                  sesuai.

                  8.4 Semua guru lelaki dikehendaki memakai kasut/sepatu, guru perempuan juga

                  dikehendaki memakai sepatu (kasut sarung/bukan sandal) supaya kelihatan lebih kemas

                  dan rasmi.
                  8.5 Semua guru digalakkan memakai pakaian batik pada setiap hari Khamis.

                  8.6 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani/Aktiviti Kokurikulum dikehendaki memakai

                  pakaian yang sesuai:
                  8.6.1 Guru perempuan: seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, kameja T berlengan

                  panjang labuhnya melebihi paras punggung, kemeja sukan, baju trek, kasut sukan atau

                  kasut getah tanpa tumit.

                  8.6.2 Guru lelaki: seluar trek atau seluar panjang yang sesuai. kemeja T, kemeja sukan,

                  baju trek atau jersi, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.



                  12 | P a g e
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18