Page 12 - Prospektus kurikulum skk7
P. 12
PROSPEKTUS KURIKULUM
2019-
BAHAGIAN
B
tetapi dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Rehat bagi
pegawai yang layak.
7.2.3 Layak dipohon dan kelulusan atas budi bicara Guru Besar dengan syarat tidak
menjejaskan keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
7.2.4 Mesti dipohon daripada Guru Besar dengan berjumpa secara peribadi BUKAN isi
borangdan tinggalkan kepada Pembantu Tadbir.
7.2.5 Isi borang setelah mendapat kebenaran.
7.2.6 Permohonan hendaklah dibuat lebih awal sekurang-kurangnya 3 hari sebelum,
kecuali kes-kes kecemasan (perlu maklum melalui telefon).
7.2.7 CUTI BUKAN ALASAN UNTUK MELEPASKAN TANGGUNGJAWAB. GURU BESAR
BERHAK MEMBATALKAN CUTI ATAU MEMANGGIL GURU KEMBALI BERTUGAS SEKIRANYA
PERLU.
7.3 Cuti Sakit
7.3.1 Sijil Sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut-turut
hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
7.3.2 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 15 hari dalam
setahun.
7.3.3 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan
dilaporkan ke PPD/JPN dan KPM.
7.3.4 Semua jenis cuti sakit hendaklah dilaporkan kepada PPD/ JPN dan KPM.
7.4 Cuti Keluar Negara
Semua guru yang bercuti keluar negara mesti mendapat kelulusan. Sila isikan borang
permohonan yang ada di pejabat sekolah selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh
bercuti.
7.5 Cuti Khas-Isteri Bersalin
Diberikan selama tujuh (7) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota perkhidmatan
awamlelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan pelepasan am. Kemudahan ini
dihadkankepada lima (5) kali dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
11 | P a g e

