Page 8 - Prospektus kurikulum skk7
P. 8
PROSPEKTUS KURIKULUM
2019-
BAHAGIAN
B
PANDUAN AM
1.0 PERINTAH AM
Sebagai penjawat awam, guru-guru dan kakitangan sekolah adalah tertakluk dengan
arahan yang terdapat di dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu, semua guru dan
kakitangan dikehendaki memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut serta
pekeliling- pekeliling berkaitan.
2.0 ASAS PENGURUSAN SEKOLAH
2.1 Guru dan staf sokongan hendaklah membaca, memahami dan menghayati Rukun
Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Etika Kerja Islam, Teras Perkhidmatan dan
Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia.
2.2 Bersama memahami, berkongsi dan menghayati Visi dan Misi Sekolah.
2.3 Bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai Visi, Misi, dan Objektif Sekolah.
2.4 Bertekad dan beriltizam melaksana Piagam Pelanggan Sekolah.
2.5 Dalam menjalankan tugas, meletakkan kepentingan pelajar dan sekolah melebihi
kepentingan peribadi.
2.6 Semua guru adalah guru disiplin.
2.7 Semua guru adalah guru kaunseling.
3.0 WAKTU HADIR / WAKTU PULANG
3.1 Jadual waktu persekolahan/waktu kerja mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan.
3.2 Guru dikehendaki berada dalam kawasan sekolah pada jam 7.25 pagi setiap hari
sebelum waktu persekolahan dan merekod SENDIRI waktu sampai di pejabat.
3.3 Guru hendaklah memberitahu Guru Besar secepat mungkin, kiranya tidak dapat
hadir atau terpaksa datang lewat ke sekolah atas sebab-sebab yang munasabah.
3.4 Semua urusan peribadi guru hendaklah dilakukan di luar waktu persekolahan kecuali
dalam keadaan kecemasan.
3.5 Waktu bekerja semua staf sokongan mengikut waktu bekerja perkhidmatan awam
7 | P a g e

