Page 10 - Prospektus kurikulum skk7
P. 10

PROSPEKTUS   KURIKULUM
                                                                                            2019-
                                                                                            BAHAGIAN
                                                                                            B


                  6.0   DISIPLIN GURU
                  6.1 Menghayati tatasusila profesion perguruan sebagai satu profesion dan bukan sebagai

                  satu kerja:

                  6.1.1 Bertanggungjawab bagi menentukan pencapaian akademik dan pendidikan semua

                  murid dengan memuaskan.
                  6.1.2 Menjalankan tugas-tugas kokurikulum seperti mana yang ditetapkan dan

                  ditugaskan. Setiap kegiatan yang melibatkan murid perempuan mestilah dihadiri bersama

                  oleh guru perempuan.

                  6.1.3 Batasan pergaulan antara sesama kakitangan dan murid-murid hendaklah sentiasa
                  dijaga.



                  6.2 Menghayati prinsip-prinsip perkhidmatan cemerlang.

                  6.2.1 Menepati masa.
                  6.2.2 Semua projek yang dirancangkan di peringkat sekolah hendaklah dilaksanakan

                  dengan

                  sempurna.

                  6.2.3 Guru ganti mestilah terima dengan rela hati dan penuh rasa setiakawan memasuki
                  dan mengajar kelas-kelas yang telah ditetapkan.

                  6.2.4 Tidak dibenarkan membuat kenyataan akhbar.

                  6.2.5 Segala masalah pelajaran dan pembelajaran hendaklah dirundingkan.

                  .
                  6.3 Mengutamakan kepentingan setiap murid di sekolah.

                  6.3.1 Adalah menjadi tanggungjawab bersama guru-guru terhadap masalah disiplin dan

                  akhlak.
                  6.3.2 Guru-guru bertanggungjawab mengatasi dan mengawasi masalah ponteng,

                  kesihatan, kebajikan, kebersihan murid, bilik darjah dan sekolah.

                  6.3.3 Bersikap tegas terhadap pelajar tetapi elakkan dari melakukan deraan.

                  6.3.4 Denda yang dikenakan hendaklah berbentuk positif dan memberi pengajaran

                  kepada murid. Denda yang boleh merugikan murid-murid di dalam pelajaran adalah
                  dilarang.


                  9 | P a g e
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15