Page 35 - Panduan Pelaksanaan Kurikulum PAV
P. 35

Panduan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional (PAV)
                                                                                                  November 2016

                       5.4.3. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
                              Pentaksiran yang dilaksanakan  di peringkat sekolah yang ditadbir, direkod dan

                              dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti
                              jasmani dan kesihatan, sukan dan permainan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti
                              ekstrakurikulum.

                       5.4.4. Pentaksiran Psikometrik (Ppsi)
                              Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah untuk mengukur kebolehan

                              (innate ability) dan pengalaman (acquired ability), kemahiran berfikir, kemahiran
                              menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap  dan personaliti murid.
                              Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan

                              pembelajaran.
                   5.5. Dokumen Pentaksiran Sekolah Komponen Kemahiran Vokasional Tingkatan 1
                       Pentaksiran Sekolah (PS) dilaksanakan untuk mentaksir Komponen Kemahiran

                       Vokasional di Tingkatan 1 dengan menggunakan 2 dokumen:
                       5.5.1. Dokumen Pentaksiran Standard Kompetensi (DPSK)
                              DPSK dibangunkan berdasarkan DSK dengan kepelbagaian instrumen

                              pentaksiran. DPSK mengandungi Standard Kompetensi, Penyataan Standard
                              Kompetensi, Eviden Kompetensi dan Skor.

                       5.5.2. Dokumen Item Contoh Pentaksiran Standard Kompetensi (DICPSK)
                              DICPSK dibangunkan bersama DPSK sebagai panduan untuk membantu guru
                              menjalankan pentaksiran dalam bentuk instrumen seperti lisan, bertulis,

                              lembaran kerja dan senarai semak.
                   5.6. Pengurusan Pentaksiran dan Eviden
                       5.6.1. Fail Pengurusan Pentaksiran

                              Fail Pengurusan Pentaksiran hendaklah dikemas kini, disimpan dan disemak
                              oleh pihak yang diberi kuasa memeriksa. Fail hendaklah disimpan dengan
                              selamat dan sentiasa mengikut peraturan yang sedang berkuatkuasa.

                       5.6.2. Eviden
                              Eviden merupakan bukti kepada pelaksanaan pentaksiran. Eviden hendaklah

                              ditunjukkan kepada pihak yang diberi kuasa dan disimpan di tempat yang
                              selamat selama diperlukan untuk tujuan pembuktian.









                                                             32
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40