Page 114 - FINAL REPORT FPN-latest
P. 114

7.6.2 Pulangan Pelaburan (ROI)

               Pelaburan  FPN  merangkumi  tenaga,  masa  dan  sumber  ilmu,  rujukan
               dan juga kewangan yang dapat menghasilkan pulangan yang berbentuk
               graduan  dinamik  dan  berkualiti,  dan  staf  yang  lebih  berkredibiliti  dan
               inovatif.  Dengan  ini  pulangan  tersebut  adalah  berupa  kewangan  dan
               bukan-kewangan.
               Pulangan Pelaburan kepada staf

               Sebahagian besar kos yang dilaburkan kepada pensyarah adalah kos pembangunan pensyarah
               seperti kos biaya konferens, pembangunan kecekapan pentadbiran, pembangunan pengajaran
               dan pembelajaran. Pulangan adalah berbentuk kewangan iaitu penjimatan kos dan penjanaan
               pendapatan melalui perundingan. Manakala pulangan berbentuk bukan kewangan adalah sesi
                                                                          perkongsian    ilmu,   pemantapan
                                                                          kemahiran      penyelidikan    dan
                                                                          penulisan,    hasil   penyelidikan,
                                                                          penerbitan  dan  inovasi.  FPN  juga
                                                                          berusaha untuk memperbanyakkan
                                                                          kursus-kursus  dalaman  dan  sesi
                                                                          perkongsian  yang  menggunakan
                                                                          kepakaran  pensyarah  dalaman.
                                                                          Seterusnya,    melalui   pelaburan
                                                                          seperti   di   Gambarajah     7.44,
                                                                          pulangan      berbentuk      bukan
                                                                          kewangan  kepada  FPN  ini  dapat
                                                                          disalurkan  kepada  pembangunan
                 Gambarajah 7.44: Pulangan Pelaburan Staf                 pelajar  dari  segi  akademik  dan
                                                                          rohani.
               Pulangan Pelaburan kepada pelajar

               Pulangan  pelaburan  kepada  pelajar  lebih  kepada  berbentuk  penghasilan
               graduan berkempipinan, dinamik dan berkualiti. Pelbagai aktiviti dijalankan
               di  FPN  bagi  mentransformasikan  pelajar-pelajar  melalui  proses  dari  satu
               semester  ke  satu  semester  sehinggalah  pelajar-pelajar  bergraduat  dan
               menjadi graduan berketerampilan dan kompetitif. Pulangan pelaburan juga
               ada  yang  berbentuk kewangan  iaitu  dari  segi  penjanaan  pendapatan  dan
               bukan kewangan seperti sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

               7.6.3 Penjanaan Pendapatan
               Penjanaan  pendapatan FPN  dihasilkan  melalui  pelbagai
               projek seperti di Lampiran 7.8.  Hingga ke hujung tahun
               2017,  FPN  telah  mengumpulkan  dana  sebanyak
               RM5,121,178.    Amaun  ini  adalah  peningkatan  daripada
               tahun  2017  sebanyak  10.4%.    Apabila  dibandingkan
               pencapaian  ini  dengan  tahun-tahun  sebelum  ini  amaun
               tersebut  adalah  yang  paling  tinggi  dicapai  oleh  FPN,
               seperti  Gambarajah  7.45  yang  menunjukkan  tren
               penjanaan  pendapatan  untuk  tiga  tahun,  2015-2017.
               Melalui  penjanaan  pendapatan  ini,  pelbagai  aktiviti        Gambarajah 7.45: Tren Penjanaan
               pembangunan modal insan pelajar-pelajar dapat dirangka                    Pendapatan
               dan dijalankan.


                                                             68
   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119