Page 115 - FINAL REPORT FPN-latest
P. 115
Projek Khas Penjanaan Pendapatan UCTC bagi tahun 2015, 2016 & 2017
Satu projek khas baru dan diutamakan oleh FPN untuk
tahun 2016 adalah projek University, Community 2016 2017
Transformastion Center (UCTC) untuk mempromosikan
keusahawanan dan penjanaan pendapatan antara FPN dan
komuniti dan juga bertujuan meningkatkan nilai-nilai murni
dikalangan pelajar-pelajar FPN. Gambarajah 7.46
meringkaskan penjanaan pendapatan dari projek tersebut.
Tiada pendapatan dijana pada tahun 2015 kerana aktiviti
yang dianjurkan lebih berbentuk khidmat komuniti. Pada
tahun 2016 pendapatan yang dijana adalah sebanyak
RM1,861.60 sepenuhnya dari Pasar UCTC. Gambarajah 7.46: Penjanaan
Manakala pada tahun 2017, lebih banyak pendapatan UCTC bagi tahun 2015,
aktiviti dapat dijalankan. Jumlah pendapatan 2016 dan 2017
daripada aktiviti yang dijalankan juga telah
meningkat kepada RM5,360.92 pada tahun 2017.
PENUTUP
“Allah menganugerahkan al-Hikmah kepada sesiapa yang Dia kehendaki.
Dan sesiapa yang dianugerahkan al-Hikmah itu, dia benar-benar telah
dianugerahkan kurnia yang banyak, Dan hanya orang yang berakal yang
dapat mengambil pelajaran (dari Firman Allah).”
(Sural Al-Baqarah: 269)
Selari dengan ayat tersebut di atas, ketika zaman perkembangan tamadun Islam, banyak
nama-nama besar yang lahir sebagai ikon pemimpin berkeperibadian unggul; di antaranya
adalah Ibnu Taimiyah, dan Asy-Syifa’ Binti Al-Haris. Agar kegemilangan lampau kembali
mewarnai dunia, terutamanya di Malaysia; selari dengan slogan fakulti iaitu “Leader in
Accounting Education”, seiring dengan garis panduan Malaysia Education Blueprint, RMK-11,
Program Transformasi Nasional, visi dan misi UiTM, dan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah,
Fakulti Perakaunan sentiasa berusaha menyediakan platform terbaik untuk memartabatkan
anak bangsa ke persada antarabangsa. Perlaksanaan tiga (3) projek utama yang diberi
penjenamaan khas: “Zero to Hero”, “CEO in the Making”, dan #jumpadisyurga, hasil dari
proses pemantapan Perancangan Strategik 2016-2020 telah menunjukkan hasil dan impak
yang positif pada peringkat awal pelaksanaannya. FPN amat yakin dengan mengekalkan
objektif strategik fakulti (OS7, OS8, OS9, OS10 dan OS11), yang melaksanakan aktiviti-aktiviti
mantap dari aspek pembangunan intelektual, kepimpinan, rohani dan kebajikan pelajar,
disokong oleh pemegang taruh dari pelbagai latarbelakang yang komited, diiringi oleh proses
pemantauan, dan penambahbaikan berterusan; hasil dan impak yang lebih signifikan dapat
dihasilkan pada masa hadapan. Seterusnya, kecemerlangan graduan, dan kegemilangan
fakulti khasnya, UiTM amnya, pasti dapat diteruskan.
69

