Page 50 - FINAL REPORT FPN-latest
P. 50
Penetapan OS bagi tumpuan pengurusan dan pembangunan pelajar adalah sejajar dengan
pelan RMK-11 UiTM (CSPI-UiTM, 2016, ms 4-9) yang antaranya memberi penekanan kepada
aspek graduan dinamik, pendidikan tinggi berkualiti dan aksesibiliti. Ia juga selari dengan
agenda dan situasi semasa negara yang mensasarkan 60,000 akauntan tempatan
berkelayakan profesional menjelang tahun 2030. Sehubungan itu, pelbagai strategi dirangka
untuk melahirkan graduan yang dinamik melalui aksesabiliti kepada sumber P&P FPN yang
berkualiti. Jadual 2.5 menunjukkan pemetaan objektif strategik pembangunan pelajar FPN
dengan objektif RMKe-11 UiTM.
Jadual 2.1: Hubungan Objektif Strategik Pembangunan Pelajar FPN dengan RMKe-11 UiTM
SASARAN KPI RMKE-11 UITM OBJEKTIF STRATEGIK (OS) FPN
STRATEGIK
RMKE-11
Graduan ✓ OS 7: Melahirkan graduan dinamik yang memenuhi
Dinamik KPI 1: Peratus kehendak industri bagi meletakkan nama fakulti di
siswazah UiTM mata dunia
yang telah
mendapat pekerjaan ✓ OS10:
Meningkatkan kompetensi pelajar yang berdaya saing
semasa
konvokesyen.
✓ OS9:
KPI 2: Peratus Melahirkan graduan bercirikan kepimpinan, inovatif dan
siswazah UiTM berani bagi menyumbang kepada pembangunan
yang telah bekerja Negara
sendiri semasa
konvokesyen. ✓ OS10:
Meningkatkan kompetensi pelajar yang berdaya saing
✓ OS 11
Melahirkan graduan bercirikan kerohanian dan
insaniah yang berperanan membangunkan diri, ilmu,
masyarakat dan negara.
✓ OS 7:
KPI 3: Peratus Melahirkan graduan dinamik yang memenuhi
belajar bergraduat kehendak industri bagi meletakkan nama fakulti di
dalam tempoh.
mata dunia
✓ OS 8
Memperkasakan jaringan bersama industri dan alumni
sebagai pendedahan teknikal kepada pelajar
Turut disertakan di dalam bentuk QR Code di bawah adalah pemetaan
menyeluruh rangka kerja Pelan Perancangan Strategik Fakulti Perakaunan
(FPN) 2016-2020 yang relevan berkenaan bidang tumpuan. Ia
merangkumi Agenda Nasional ke arah Negara Maju 2020, Rancangan
Malaysia ke 11 (RMKe-11), Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi
Malaysia, RMKe-11 Peringkat UiTM, Objektif Strategik FPN, Bidang
Tumpuan Pengurusan dan Pembangunan Pelajar, KPI Pengukuran Bidang
Tumpuan dan Hasil Aktiviti yang telah dijalankan.
2.3 PELAKSANAAN INISIATIF STRATEGIK BIDANG TUMPUAN
Berasaskan tumpuan pengurusan pembangunan intelektual, kepimpinan, rohani dan
kebajikan pelajar, pelbagai inisiatif strategik telah dirancang bagi mencapai matlamat
melahirkan pelajar dinamik. Inisiatif strategik ini dibahagikan kepada, tiga projek utama yang
dinamakan sebagai Zero to Hero, CEO in the Making, dan #jumpadisyurga.
9

