Page 46 - FINAL REPORT FPN-latest
P. 46
Jadual 1.2: Pelan Tindakan Mengatasi Risiko bagi Kepimpinan
1.6 PENERAPAN AMALAN DAN PEMBUDAYAAN
Kepimpinan kanan FPN turut menerapkan amalan dan pembudayaan pengurusan dan
pembangunan pelajar yang selari dengan misi, visi dan objektif FPN dan universiti. Antaranya
adalah penerapan budaya penandaarasan. Penandaarasan ke Fakulti Kejuruteraan Elektrik
telah diatur oleh kepimpinan BHEP pada tahun 2014 untuk melihat amalan terbaik dalam
menguruskan aktiviti pelajar. Hasil penambahbaikan berterusan yang dilakukan oleh BHEP
FPN kemudiannya dijadikan penandaaras oleh Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Shah
Alam; Fakulti Pendidikan, UiTM Puncak Alam, dan Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan
Melaka. Lawatan penandaarasan telah diadakan pada tahun 2017 bagi melihat dan membuat
contoh terhadap proses kelulusan pelajar dan pengurusan kewangan aktiviti pelajar oleh
kepimpinan kanan FPN, dan bagaimana peningkatan aktiviti kerjasama fakulti dan pihak industri
dilaksanakan. Penandaarasan aktiviti berkaitan oleh beberapa fakulti telah membuktikan
kecekapan dan keberkesanan kepimpinan kanan FPN dalam mengendalikan proses
pengurusan dan pembangunan pelajar.
1.7 INOVASI PELAKSANAAN & PENAMBAHBAIKAN SISTEM PENGURUSAN
Di zaman kepesatan era teknologi digital, kepimpinan kanan FPN turut tidak ketinggalan untuk
berdiri sama tinggi dengan pihak lain dalam memantapkan lagi aspek pengurusan dan
pembangunan pelajar. Antara inovasi yang dihasilkan bagi memantapkan pelan pemantauan
dan tindakan penambahbaikan pada tahun 2017 adalah sistem e-Aduan. Sistem e-Aduan ini
berfungsi sebagai medium aduan yang dapat diakses oleh seluruh warga FPN termasuk
pelajar. Sebarang aduan seperti masalah kelas, pensyarah, sistem pentadbiran boleh terus
diadukan melalui link https://goo.gl/forms/UZTenN8XScI0xpLQ2. Sistem e-Aduan ini diselia
oleh Timbalan Pendaftar Kanan FPN yang kemudiannya akan mengarahkan jabatan atau staf
yang terlibat untuk mengambil tindakan yang bersesuaian. Melalui sistem ini, kepimpinan kanan
dapat mengenalpasti sebarang permasalahan dari setiap bahagian pengurusan, seterusnya
membuat perancangan penambahbaikan dengan lebih sistematik. Penggunaan sistem ini turut
6

