Page 49 - FINAL REPORT FPN-latest
P. 49
PERANCANGAN STRATEGIK
2.1 PENGENALAN
Perancangan strategik FPN yang mantap merupakan asas kejayaan pelaksanaan proses
Pengurusan dan Pembangunan Pelajar. Di bawah penyeliaan Unit Perancangan Strategik
(UPS), agenda perancangan strategik (PS) disemak dari semasa ke semasa agar inisiatif yang
tepat, bersesuaian dan terkini dapat dilaksanakan. UPS turut berkerjasama berganding bahu
dengan Unit Kualiti dalam memastikan perlaksanaan PS berjalan dengan lancar dan berkesan.
PS yang dirancang merangkumi pelan tindakan bagi empat bahagian utama iaitu HEA, HEP
RICAEN dan Bahagian Pentadbiran. UPS juga memastikan PS yang dirangka adalah selari
dengan petunjuk prestasi utama pihak CSPI. Bagi tujuan AKNC 2018, objektif dan inisiatif
strategik berkaitan bidang Pengurusan dan Pembangunan Pelajar menjadi fokus utama
pelaporan.
2.2 OBJEKTIF & INISIATIF PERANCANGAN STRATEGIK 2016 - 2020
Visi FPN menjadi pusat rujukan utama dan pemangkin kepada Profesion Perakaunan
dikekalkan untuk PS 2016-2020. Kesinambungan perlaksanaan PS 2010-2015 diteruskan dan
proses proses pemantapan PS 2016-2020 telah dilaksanakan dengan sistematik melalui
penubuhan Think Tank group yang terdiri daripada warga FPN yang mempunyai pelbagai latar
belakang dan kepakaran. Beberapa siri perbincangan dan Bengkel Perancangan Strategik
diadakan bagi menentukan halatuju FPN. Antara fokus utama PS 2016-2020 adalah
memberikan penekanan terhadap aspek pembangunan intelektual, kepimpinan, rohani dan
kebajikan pelajar. Bagi tujuan ini objektif strategik (OS) telah dikenalpasti seperti dalam
Gambarajah 2.1:
Gambarajah 2.1: Pemetaan Objektif Strategik Dengan Fokus Utama Bidang Tumpuan
8

