Page 51 - FINAL REPORT FPN-latest
P. 51
1. Projek Zero to Hero menumpukan kepada pembangunan intelektual pelajar yang
didefinisikan sebagai keupayaan seseorang untuk memperoleh dan mengamalkan ilmu
pengetahuan bagi bertindak secara rasional, efisien dan efektif. Ia seterusnya
membantu meningkatkan bilangan pelajar yang bergraduat dalam tempoh yang
ditetapkan.
2. Projek CEO in the Making menfokuskan kepada keseimbangan dalam pembangunan
kepimpinan pelajar; yang merujuk kepada keupayaan individu untuk menerap dan
menzahirkan nilai-nilai murni seorang pemimpin dalam melaksanakan tanggungjawab
yang diamanahkan.
3. Projek #jumpadisyurga pula menyumbang kepada penerapan nilai murni,
pembangunan rohani dan kebajikan pelajar yang berlandaskan Al-Quran dan As-
sunnah. Matlamat utama adalah untuk melahirkan insan syumul yang berketerampilan.
Tiga projek utama ini digerakkan oleh jawatankuasa yang dilantik terdiri daripada pentadbir
akademik, pensyarah dan juga pelajar (Rujuk Lampiran 2.1). Tiga projek ini diletakkan di bawah
tanggungjawab pihak HEP yang turut sama dibantu oleh bahagian HEA, RICAEN dan
pentadbiran. Setiap bahagian akan bekerjasama di dalam memastikan inisiatif strategik di
bawah seliaan mereka dilaksanakan dengan sempurna.
Jadual 2.2 menunjukkan pemetaan tiga projek utama tersebut bagi tujuan perlaksanaan dan
pencapaian objektif strategik yang dirancang.
Jadual 2.2: Pemetaan Projek Utama dan OS Pengurusan dan Pembangunan Pelajar (HEP)
PROJEK OBJEKTIF STRATEGIK (OS)
PTJ SOKONGAN 7 8 9 10 11
Zero to Hero HEA & RICAEN / / /
CEO in the Making HEA & RICAEN / / / /
#jumpadisyurga RICAEN & / / / /
PENTADBIRAN
Melalui tiga projek utama di atas, pelbagai inisiatif strategik telah dirangka dan dilaksanakan
dengan sistematik sepanjang tahun 2016-2017:
1) Projek Zero to Hero
Projek Zero to Hero merupakan inisiatif yang diambil oleh FPN bagi tujuan pembangunan
intelektual pelajar. Menerusi projek ini, para pelajar dapat memperkasakan ilmu pengetahuan
mereka secara lebih praktikal dan berkesan. Inisiatif strategik yang dijalankan bukan hanya
melibatkan pelajar dan pensyarah tetapi juga merangkumi perkongsian kepakaran daripada
alumni dan pihak industri. Perkara ini sekaligus telah membantu pelajar untuk mendapatkan
maklumat dan perkongsian secara terus dari pihak berkepentingan terutamanya dalam bidang
perakaunan. Penerangan inisiatif strategik utama bagi projek Zero to Hero adalah seperti di
Gambarajah 2.2 berikut:
10

