Page 16 - Microsoft Word - SEJARAH KERETA API DI TANAH MELAYU
P. 16

Permodenan






                          Semenjak             pengkorporatan               KTMB,           program
                    pemodenan sedang dijalankan, namun projek bercita-cita

                    tinggi  pengelektrikan  dan  penggandaan  landasan  di
                    sepanjang  laluan  keretapi  Pantai  Barat  Semenanjung

                    Malaysia  telah  ditunda  sehingga  arahan  selanjutnya

                    dikeluarkan  oleh  Perdana  Menteri  Datuk  Seri Abdullah
                    bin Haji Ahmad Badawi.




                              Kerja  penaiktarafan  laluan  Rawang-Ipoh  masih
                    dijalankan, namun telah diganggu oleh penundaan akibat

                    perselisihan  kontrak  dan  tidak  dijangka  siap  sebelum
                    2007.  Setelah  siap,  KTM  dijangka  menyediakan

                    perkhidmatan antarabandar yang lebih kerap (16 keretapi
                    sehari) pada kelajuan 160km/j.



                          Tren  elektrik  kelajuan  tinggi  dari  Kuala  Lumpur

                    ke Johor  Bahru juga  dirancang  di  bawah  SJER.  Di
                    samping  lebuh  raya,  pengangkutan  rel  wajar  turut

                    dinaiktaraf dan dimodenkan untuk melengkapkan sistem
                    pengangkutan  Malaysia.  Stesen  KTMB  Tampin  juga

                    dikenali  sebagai  Stesen  KTMB  Pulau  Sebang  kerana
                    kedudukan stesen KTMB Tampin berada  dalam negeri
                    Melaka yang lebih dikenali sebagai Stesen KTMB Pulau

                    Sebang, Alor Gajah, Melaka.










                                                             16
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21