Page 15 - Microsoft Word - SEJARAH KERETA API DI TANAH MELAYU
P. 15

  Pembinaan              stesen           keretapi JB            Sentral yang

                       dihubungkan  dengan  Kompleks  Kastam,  Imigresen
                       dan Kuarantin (CIQ) di bawah projek Gerbang Selatan

                       Bersepadu yang dijangka siap pada September 2006.



                              Adalah  diharapkan  agar  pembinaan  JB  Sentral
                    akan  membolehkan  KTMB  untuk  menawarkan  servis

                    Komuter  yang  kerap  pada  laluan  Kulai-Senai-Kempas
                    Baru-JB-Singapura.  Peruntukan  ini  dijangka  akan

                    menjadi  menarik  di  kalangan  penumpang  Singapura
                    yang             menaiki              pesawat              penerbangan Air

                    Asia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, kargo
                    dan juga warga Johor yang bekerja di Singapura. Laluan

                    Kulai/Senai  ke  JB  memerlukan  landasan  berkembar
                    untuk membolehkan perkhidmatan Komuter ditawarkan.


                      Stesen Kempas Baru akan dijadikan pertukaran antara
                       laluan Kulai-Senai-Plentong-Pasir Gudang dan laluan

                       Kulai-Senai-Johor Bahru-Singapura.

                      Terminal  transit  rel  juga  dirancang  oleh  Lapangan
                       Terbang           Senai         dari       2007-2010.            Ini      akan
                       menghubungkan Senai ke bangunan CIQ baru. (Projek

                       ini belum diluluskan.)
                      Senai  akan  menjadi  hab  logistik,  kargo  dan

                       penumpang dengan pelengkapan perkhidmatan rel di
                       antara Pelabuhan                       Tanjung                 Pelepas dan

                       pelabuhan Pasir  Gudang oleh  KTM  iaitu  hubungan
                       udara, laut dan rel.

                      Cadangan membuka semula landasan kereta api dari
                       Pulau  Sebang  -  Bandaraya  Melaka  dan  Mentakab  -
                       Kuantan menerusi Rancangan Malaysia ke 10








                                                             15
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20