Page 12 - Microsoft Word - SEJARAH KERETA API DI TANAH MELAYU
P. 12
KTM Komuter merupakan perkhidmatan keretapi
komuter elektrik yang dilancarkan pada 1995,
memfokuskan kepada penumpang yang bekerja atau
tinggal di Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan
sekitarnya, khususnya untuk mengelakkan kesesakan
lalu lintas. KTMB menyediakan hampir 300 perkhidmatan
komuter setiap hari, berkhidmat di 45 stesen di sepanjang
178km laluan komuter. Perkhidmatan ini dibahagikan
kepada dua laluan: Laluan Seremban dan Laluan
Pelabuhan Klang. Sejak 2018, KTM Komuter juga
mengoperasikan perkhidmatan kereta api ulang-alik
lapangan terbang — Skypark Link yang
menghubungkan KL Sentral dan Lapangan Terbang
Subang.
KTM Komuter beroperasi pada kekerapan 15 minit
pada waktu puncak dan 20-30 minit pada waktu biasa.
Perkhidmatan ulang-alik Rembau diantara stesen
Keretapi Seremban dan stesen keretapi Pulau
Sebang/Tampin beroperasi dengan kekerapan 30-minit
ke satu jam. Kesemua koc yang disediakan adalah
canggih dan dilengkapi penyaman udara. Bagi yang
memandu ke stesen atau hentian, kemudahan 'Park &
Ride' disediakan pada kadar yang ditentukan.
Kini, KTM Komuter mempunyai armada Kelas 81,
Kelas 82, Kelas 83 & Kelas 92. Kesemua Kelas 92 kini
beroperasi di KTM Komuter Sektor Tengah manakala
kebanyakan Kelas 81, Kelas 82 dan Kelas 83 telah
dibuang atau digunakan semula di Komuter Sektor Utara.
KTM Komuter merupakan sebuah mod
pengangkutan yang kerap digunakan oleh pekerja yang
berulang-alik ke Kuala Lumpur sebagai perkhidmatan
alternatif bagi kereta, yang kerap terhalang oleh
12

