Page 2 - Microsoft Word - SEJARAH KERETA API DI TANAH MELAYU
P. 2

SEJARAH KERETA API DI




                                     TANAH MELAYU








                              Sistem kereta api di Tanah Melayu bermula pada
                    1  Jun  1885  apabila  jajaran  keretapi  yang  pertama

                    di Tanah  Melayu sepanjang  8.25  batu  (  13.28 km  )
                    antara Taiping dengan Port                      Weld dibuka               secara
                    rasmi. Dibina menggunakan tolok meter, laluan ini dibina

                    untuk  mengangkut  bijih  timah  daripada  lombong-
                    lombong  di  Taiping  ke  laut  di  Port  Weld.  Landasan  di

                    laluan  ini  pernah  diangkut  untuk  pembinaan Landasan
                    Kereta Api Burma semasa pendudukan Jepun di Tanah

                    Melayu  tetapi  diganti  semula  selepas  peperangan
                    berakhir.



                              Selepas  pembukaan  laluan  kereta  api  Taiping-

                    Port Weld, beberapa laluan kereta api bebas dan tidak
                    bersambung lain muncul di sekitar Tanah Melayu. Antara

                    laluan  kereta  api  tersebut  adalah  laluan  Klang-Kuala
                    Lumpur  yang  dibuka  pada  15  September  1886,  laluan

                    Keretapi  Sungei  Ujong  (Seremban-Port  Dickson)  yang
                    dibuka pada Julai 1891, laluan Teluk Anson-Tapah Road
                    yang  dibuka  pada  tahun  1893,  laluan  Kuala  Lumpur-

                    Rawang yang dibuka pada 7 November 1892, dan laluan
                    Prai-Bukit Mertajam yang dibuka pada 1 Julai 1899.




                              Kesemua              laluan-laluan            kereta         api       ini
                    disambungkan                   antara Prai dengan Seremban pada


                                                              2
   1   2   3   4   5   6   7