Page 5 - Microsoft Word - SEJARAH KERETA API DI TANAH MELAYU
P. 5
Terdapat juga beberapa projek penyambungan
laluan kereta api dijalankan selepas peperangan.
Antaranya ialah laluan Prai-Butterworth yang dibuka
secara rasmi pada 14 September 1967. Kedua, pada
tahun 1966, sebuah cabang laluan kereta api baharu
telah dibuka di Singapura antara Bukit
Timah dan Jurong (kompleks industri baharu Singapura).
Ketiga, laluan kereta api di Kelantan dipanjangkan
ke Wakaf Baharu dari Kota Bharu yang dibuka secara
rasmi pada 8 Mac 1967.
Pentadbiran
Sebelum tertubuhnya Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu pada tahun 1896, setiap negeri mempunyai
syarikat kereta api sendiri. Pada bulan Julai 1901,
kesemua syarikat-syarikat kereta api digabungkan
menjadi sebuah pentadbiran dengan nama Federated
Malay States Railways atau FMSR (dalam bahasa
Melayu, Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu).
FMSR diberi kuasa dalam pengendalian dan
pembinaan laluan kereta api di Tanah
Melayu. Pentadbiran ini dimansuhkan pada 1948 selepas
Ordinan Keretapi 1948 diluluskan. Ordinan ini
menubuhkan Malayan Railway Administration atau MR
(dalam bahasa Melayu, Pentadbiran Keretapi Malaya)
dan memansuhkan FMSR, Enakmen Keretapi Johor,
Kelantan, Kedah dan Perlis yang mengendalikan sistem
kereta api sebelum Perang Dunia Kedua. Malayan
Railway Administration telah dikorporatkan menjadi
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) selepas Akta
Keretapi 1991 diluluskan.
5

