Page 4 - Microsoft Word - SEJARAH KERETA API DI TANAH MELAYU
P. 4

kemudian  dipanjangkan  sehingga Padang  Besar pada

                    tahun 1918. Pada masa yang sama, laluan Pantai Timur
                    bermula  pada  tahun  1907  daripada  Gemas  sehingga

                    Bahau pada April 1910 dan Tembeling pada tahun 1913.
                    Kemudian,            laluan        ini     dipanjangkan             ke       utara

                    sehingga Kuala Lipis yang merupakan pusat pentadbiran
                    Pahang pada tahun 1917.



                          Di Kelantan, pembinaan laluan Pantai Timur bermula

                    pada tahun 1906 dan pada tahun 1914, sebuah landasan
                    kereta  api  antara  Tumpat  dengan  Pasir  Mas  dibuka

                    kepada  awam.  Sebuah  landasan  cabang  antara  Pasir
                    Mas  dengan  Golok  bertujuan  untuk  menghubungkan

                    laluan  ini  dengan  sistem  kereta  api  Siam  dibuka  pada
                    bulan September 1920. Laluan kereta api antara Kuala
                    Lipis dan Tumpat  dibuka secara  berperingkat  dan siap

                    sepenuhnya apabila landasan kereta api Gua Musang-
                    Kuala  Gris  siap  pada  tahun  1931. Dengan  pembinaan

                    jalan  kereta  api  ini,  maka  terjalinlah  sebuah  rangkaian
                    kereta  api  dari  Singapura  ke Bangkok melalui  bandar-

                    bandar utama di Tanah Melayu.



                          Semasa Perang  Dunia  Kedua,  landasan-landasan
                    kereta api di Tanah Melayu menghadapi kerosakan yang

                    besar akibat terkena serangan bom dan lain-lain; banyak
                    juga telah diangkut untuk pembinaan landasan kereta api

                    Burma.  Sejumlah  276  batu  (444 km)  landasan  telah
                    dibawa  keluar.  Kerja-kerja  pembaikan  jalan  kereta  api

                    giat  dijalankan  selepas  peperangan  berakhir. Namun
                    begitu, landasan kereta api Melaka yang diangkut untuk
                    pembinaan            landasan          kereta         api      Burma         tidak

                    dikembalikan semula.



                                                              4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9