Page 3 - Microsoft Word - SEJARAH KERETA API DI TANAH MELAYU
P. 3

tahun 1903. Ketika proses penyambungan jalan kereta

                    api Prai-Seremban giat dijalankan, pembinaan landasan
                    kereta  api  telah  bermula  di Pulau  Ujong.  Landasan  ini

                    yang  menghubungkan  pekan  Singapura  dan  pekan
                    Kranji,  telah  dibuka  pada  tahun  1903. Di  Negeri

                    Sembilan,  penyambungan  rangkaian  kereta  api  ke
                    selatan dari Seremban telah dijalankan. Laluan kereta api

                    Seremban-Melaka  telah  dibuka  pada  tahun  1905  dan
                    laluan kereta api Seremban-Gemas dibuka pada tahun
                    1906.




                              Selepas  itu.  pembinaan  jalan  kereta  api
                    diteruskan  ke  arah  selatan  daripada Gemas ke Johor

                    Bahru. Kerja-kerja pembinaan bermula pada tahun 1904
                    dan laluan ini dibuka secara rasmi pada bulan Julai 1909.

                    Oleh  kerana  pada  ketika  itu  tiada  jalan  kereta  api
                    menghubungi  Singapura,  sebuah  perkhidmatan  feri
                    disediakan antara Johor Bahru dengan Singapura.




                              Pada tahun 1923, pembinaan Tambak Johor giat
                    dijalankan  bagi  menghubungkan  Singapura  dan  Johor

                    Bahru. Tambak ini dibuka secara rasmi pada 28 Jun 1924
                    walaupun kereta api kargo mula menggunakan tambak
                    ini sejak 17 September 1923 dan kereta api penumpang

                    pertama melalui tambak ini pada 1 Oktober 1923.



                          Semenjak awal 1907, terdapat pelan bagi membina

                    landasan  kereta  api  dari Seberang  Perai masuk  ke
                    negeri Kedah.  Pembinaan  landasan  ini  antara Bukit

                    Mertajam dengan Alor  Setar bermula  pada  tahun  1912
                    dan  siap  pada  bulan  Oktober  1915. Landasan  ini




                                                              3
   1   2   3   4   5   6   7   8