Page 25 - PELAN ANTIRASUAH FELDA 2020-2024
P. 25
PELAN ANTIRASUAH FELDA 2020-2024
Kelemahan sistem dan prosedur kerja seperti tatacara kerja lemah, kurang telus, sistem dan prosedur
yang lapuk, peraturan tidak dikuatkuasa atau penguatkuasa terpilih. Penggunaan budi bicara tanpa
garis panduan dan karenah birokrasi juga membuka ruang dan peluang berlaku jenayah rasuah.
Lemah pemantauan dan penyeliaan daripada pihak pengurusan khususnya ketua jabatan di peringkat
jabatan, bahagian, pengurusan wilayah, rancangan dan unit terhadap pegawai bawahan semasa
menjalankan tugas.
Penurunan kuasa tanpa kawalan pula ialah pihak atasan tidak selia, tidak semak atau gagal mengawal
selia pegawai bawahan. Apa yang menjadi parah lagi apabila ketua sendiri terlibat dengan rasuah jadi
ikutan pegawai bawahan.
Rasuah juga berpunca dari faktor warga jabatan atau organisasi tidak peduli dan sikap tidak ambil
tahu tentang isu-isu atau perilaku rasuah berlaku di sekitaran pejabat mereka. Mereka beranggapan
sekiranya ada mendengar atau mengetahui dalam kalangan rakan sekerja mereka terlibat dengan
amalan rasuah, itu masalah peribadi masing-masing dan mereka tidak perlu ambil tahu.
d) Faktor Sosial Dan Persekitaran
Dalam konteks negara ini, pemberian hadiah merupakan sebahagian daripada amalan tradisi kaum-
kaum di Malaysia. Sebagai contoh, ang pau bagi masyarakat Cina dan buah tangan bagi masyarakat
Melayu. Adakalanya dalam proses memberi dan menerima hadiah itu wujud suasana ‘termakan
budi’ atau pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan dari keadaan ini untuk faedah mereka. Sikap
menyatakan rasa terima kasih dalam bentuk pemberian hadiah terhadap tugas-tugas rasmi yang
dilakukan adalah mendekatkan diri seseorang itu dengan perlakuan jenayah rasuah. Sekiranya ini
menjadi amalan dan tiada pihak yang berani menghentikan perbuatan tersebut, ianya akan mendorong
seseorang itu melakukan jenayah rasuah.
Jenayah rasuah juga berpunca dari kelemahan individu dalam sesebuah masyarakat, sehingga
menjadikan amalan rasuah dianggap amalan tradisi atau tuntutan semasa yang berselindung di
sebalik istilah wang komisen, duit kopi, upah dan sebagainya. Apabila masyarakat menganggap
amalan rasuah menjadi tradisi, maka generasi berikutnya dengan mudah mengikut kebiasaan buruk
tersebut.
Masyarakat tidak peduli dan sikap tidak ambil tahu tentang berlaku dalam persekitaran pejabat dan
kehidupan sosial. Kalangan ahli masyarakat hanya menyuburkan perlakuan jenayah rasuah. Mereka
beranggapan rasuah sebagai amalan biasa dalam urusan jabatan kerajaan atau perniagaan.
Masih ramai kalangan orang ramai takut buat laporan atau aduan kes rasuah kepada SPRM kerana
kasihan pegawai terlibat rasuah. Ada pula kalangan pegawai kerajaan tidak melaporkan perbuatan
rasuah melibatkan pegawai bawahan atau rakan setugas atau orang ramai tidak melaporkan perbuatan
rasuah melibatkan penjawat awam kerana berpegang kepada konsep salah seperti sikap “jangan jaga
tepi kain orang”, “jangan tabur pasir dalam periuk nasi orang”. Hal ini menyebabkan perasuah semakin
berani kerana mereka tahu perbuatan mereka tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.
FELDA ANTI-CORRUPTION PLAN (FACP) 2020–2024 13

