Page 20 - PELAN ANTIRASUAH FELDA 2020-2024
P. 20

PELAN ANTIRASUAH FELDA 2020-2024


        Kelambatan Dalam Mengambil Tindakan Tatatertib

        Kes-kes pelanggaran tatatertib atau salah laku yang dilaporkan kepada pihak atasan atau Jabatan
        Sumber  Manusia  lambat  diambil tindakan  sebagai deteran kepada pelaku dan warga  FELDA  lain.
        Hal  ini menyebabkan ada kalangan warga FELDA tidak  yakin atau  hilang keyakinan kepada pihak
        pengurusan  menyebabkan  mereka tidak  mahu melaporkan  sebarang  pelanggaran  tatatertib. Pada
        akhirnya pelanggaran tatatertib di kalangan petugas dianggap perkara biasa.

        Kelemahan Kawal Selia

        Ramai di kalangan pegawai kanan termasuk ketua jabatan dan penyelia pertengahan lemah dalam
        mengawal selia pegawai bawahan, bersikap pilih bulu dan berat sebelah. Pegawai bawahan tidak takut
        kepada pihak atasan dan mereka merasa selamat untuk melakukan jenayah rasuah atau pelanggaran
        tatatertib.

        Pengaruh Media Sosial

        Penggunaan media sosial yang tidak terkawal mampu menyumbang kepada ketidakstabilan dalam
        FELDA  selain turut membuka  ruang dan peluang  kepada pihak-pihak  tertentu untuk menyebarkan
        sesuatu maklumat yang tidak benar. Penggunaan media sosial secara meluas dan berpengaruh ini
        telah disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah memberi persepsi
        negatif tentang FELDA kepada masyarakat umum.












                  “Allah tidak menerima sesuatu amalan itu
                     melainkan ia dilakukan dengan ikhlas
                         semata-mata keranaNya sahaja”



                                   (Hadis Riwayat An-Nasa’i)























     8            FELDA ANTI-CORRUPTION PLAN (FACP) 2020–2024
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25