Page 24 - PELAN ANTIRASUAH FELDA 2020-2024
P. 24

PELAN ANTIRASUAH FELDA 2020-2024


        PUNCA-PUNCA BERLAKU JENAYAH RASUAH DI FELDA

        Pelbagai faktor boleh dikaitkan mengapa seseorang pegawai badan awam termasuk petugas FELDA
        itu melakukan jenayah rasuah. Diantaranya ialah;

        a)  Kelemahan Individu

        Lemah didikan agama atau rendah akhlak.  Sikap tamak, mahu cepat kaya, suka berbelanja melebihi
        pendapatan bulanan dan keinginan hidup mewah tanpa mengira halal atau haram.  Ada kes di mana
        kelemahan  individu  itu berpunca dari tekanan hidup  atau menanggung  bebanan  hutang  banyak
        mendorong dia melakukan jenayah.  Apatah lagi ada ruang dan peluang iaitu dengan jawatan atau
        kuasa yang ada, dia akan sanggup melakukan jenayah rasuah.

        Pegawai  kurang berintegriti  dalam  menggalas tanggungjawab  yang telah diamanahkan semasa
        menjalankan tugas. Pemilihan pegawai kanan untuk memegang jawatan penting di peringkat jabatan,
        bahagian dan unit di ibupejabat FELDA serta di peringkat pengurusan FELDA wilayah dan rancangan
        FELDA bersifat pilih kasih dan mementingkan kroni atau hubungan baik bukan atas dasar kemahiran,
        pengalaman dan kompeten.

        Di kalangan pelaku-pelaku jenayah rasuah, mereka   sedar dan mengetahui  perbuatan  itu salah  di
        sisi agama, moral dan undang-undang negara, tetapi masih melakukan perbuatan tersebut dengan
        mengemukakan pelbagai alasan dan helah bela diri  seperti alasan desakan hidup kerana pendapatan
        bulanan kecil sedangkan tanggungan anak-anak ramai, bebanan hutang,  terpaksa membantu ibu
        bapa dan adik-adik di kampung,  kos hidup di bandar tinggi, terpaksa menjaga hati rakan setugas yang
        terima rasuah dan pelbagai alasan lain.

        b)  Salahguna jawatan yang diamanahkan

        Melalui jawatan  dan kuasa,  mereka  yang terlibat sanggup  mengabaikan amanah atau  kedudukan
        untuk dapatkan suapan dalam membuat keputusan meluluskan kontrak atau lesen untuk diri sendiri,
        saudara-mara atau sekutunya yang ada kepentingan.

        Ada pegawai kanan mengambil kesempatan  di atas  kelemahan  pengurusan  perolehan  dengan
        melanggar prosedur kewangan dalam perolehan perkhidmatan dan bekalan. Ada banyak dokumen
        perolehan tidak mengikut prosedur ditetapkan dan banyak kelemahan dari aspek perjanjian kontrak.

        Apabila manusia meminggirkan integriti dalam hidupnya, maka dia akan mudah kalah dengan rasuah,
        kuasa, pangkat dan nafsu syahwat. Hilang keyakinan dan kepercayaan orang sehingga suasana penuh
        syak wasangka, terserlah budaya pentingkan diri sendiri dan hidupnya prinsip matlamat menghalalkan
        semua cara.

        c)  Kelemahan Organisasi

        Kelemahan kepimpinan iaitu  pemimpin kurang teladan, lemah iltizam,  tidak  cekap.    Kelemahan
        kawalan dalaman seperti lemah pengawasan dan penyeliaan ke atas pegawai bawahan. Kelemahan
        ini boleh menyebabkan ketidakcekapan serta membuka ruang dan peluang kepada pegawai bawahan
        melakukan jenayah rasuah. Kelemahan Prosedur Operasi Standard (SOP) itu sendiri sama ada dari
        segi penguatkuasaan mahupun pentadbiran telah membuka ruang dan peluang kepada warga FELDA
        yang tidak bertanggungjawab terlibat dengan jenayah rasuah.





     12           FELDA ANTI-CORRUPTION PLAN (FACP) 2020–2024
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29