Page 70 - DINAS 2019
P. 70
4.3.2. Bertanggungjawab dalam membentuk pasukan sekolah.
4.3.3. Mengawas perjalanan permainan dan pertandingan antara rumah pada masa yang
ditetapkan.
4.3.4. Menentukan keperluan peralatan seperti alat permainan, pakaian, minuman dan perubatan
supaya mencukupi dan sentiasa mengawasi alat-alat sukan supaya berkeadaan baik.
4.3.5. Mencadangkan pemain-pemain yang berpotensi kepada guru Kanan Rumah untuk perhatian
dan tindakan guru pemain pasukan sekolah.
4.3.6. Mengambil kehadiran pelajar-pelajar semasa latihan rumah sukan dijalankan.
4.3.7. Menyimpan rekod kegiatan pelajar dalam segala aktiviti rumah untuk diserahkan kepada guru
kanan rumah sukan.
4.4. GURU PENASIHAT PERSATUAN/KELAB/ PERMAINAN
4.4.1. Menyediakan peraturan dan perlembangan
4.4.2. Menentukan objektif persatuan/kelab tercapai
4.4.3. Menasihat, membimbing, mengawal dan mengawas susunan dan perjalanan persatuan/kelab
berjalan lancar dan bergerak aktif.
4.4.4. Bertanggungjawab sebagai penggerak dan dapat melaksanakan kegiatan-kegiatan yang
berfaedah kepada ahli-ahlinya.
4.4.5. Di antara kegiatan yang boleh dijalankan seperti;
- membuat projek individu dan kumpulan
- menganjur/menyertai pertandingan peringkat sekolah, daerah, negeri dan
kebangsaan.
- menganjur kursus bimbingan dalam bidang yang sesuai.
- menganjur ceramah atau forum.
- membuat latihan dan lawatan sambil belajar.
4.4.6. Membimbing AJK dan semua ahli supaya memahami dan mengamalkan sistem pengurusan
dan peraturan persatuan lancar.
4.4.7. Menghadirkan diri dalam setiap perjumpaan/mesyuarat agar dapat memberi perhatian,
bimbingan sebagai penasihat yang berkesan.
4.4.8. Mengawal atau menguruskan papan kenyataan supaya tidak disalahgunakan.
4.4.9. Menandatangani kehadiran serta mencatat penglibatan pelajar dan mengesan, melakukan
tindakan daripada ketidakhadiran ahli.
4.4.10. Menyimpan minit-minit mesyuarat, rekod-rekod kegiatan dan penyata kewangan persatuan.
4.4.11. Memastikan surat-menyurat yang dibuat kepada pihak luar melalui pengetua terlebih dahulu.
4.4.12. Menyerahkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum pada awal sesi persekolahan;
- perlembagaan
- pendaftaran ahli
- senarai jawatankuasa dan maklumat ahli
- rancangan tahunan
- anggaran perbelanjaan
70

