Page 71 - DINAS 2019
P. 71
4.4.13. Memastikan laporan kegiatan mingguan diserahkan kepada penyelaras kokurikulum dua hari
selepas aktiviti dijalankan.
4.4.14. Menghantar laporan aktiviti persatuan kepada sidang redaksi Majalah Sekolah setiap tahun
penerbitan.
4.4.15. Buku laporan dan penyata kewangan hendalah diserahkan kepada pengetua pada akhir
setiap semester.
4.5. PENGERUSI PERSATUAN
4.5.1. Memastikan semua aktiviti dan projek yang akan dijalankan telah mendapat persetujuan
daripada guru penasihat.
4.5.2. Semua perhubungan dengan pengetua hendaklah melalui guru penasihat.
4.5.3. Membantu guru penasihat menentukan semua tujuan, kandungan dan peraturan persatuan
dipatuhi oleh ahli.
4.5.4. Sebagai ketua perlu menyediakan agenda mesyuarat dan mempengerusikan semua
mesyuarat persatuan.
4.5.5. Bertanggungjawab ke atas semua aktiviti yang dijalankan.
4.5.6. Menentukan semua laporan aktiviti dan segala butir dari mesyuarat diperiksa oleh guru
penasihat setiap kali aktiviti dijalankan tamat.
4.5.7. Menandatangani surat rasmi persatuan dan disahkan oleh guru penasihat.
4.5.8. Membantu guru penasihat menentukan semua AJK laporan bertugas dengan sempurna.
4.5.9. Bekerjasama dengan penyelaras persatuan bahagian masing-masing.
4.6. SETIAUSAHA PERSATUAN
4.6.1. Mesti menghadiri semua mesyuarat persatuan.
4.6.2. Memberitahu ahli-ahli yang terlibat tarikh mesyuarat yang ditetapkan, masa dan tempatnya.
4.6.3. Bertanggungjawab menyediakan tempat untuk bermesyuarat atau aktiviti dengan kebenaran
penyelaras persatuan.
4.6.4. Bertanggungjawab membuat minit mesyuarat dan laporan aktiviti dijalankan di dalam buku
laporan persatuan (berpandukan format borang laporan).
4.6.5. Bertanggungjawab memastikan semua surat-menyurat ada difailkan di dalam fail persatuan
yang disimpan dalam pejabat sekolah.
4.6.6. Bertanggungjawab ke atas semua penyediaan surat rasmi.
4.6.7. Sekiranya alat atau bilik/tempat diperlukan untuk menjalankan aktiviti setiausaha persatuan
perlu mendapat kebenaran daripada menyelaras melalui surat seminggu lebih awal dan
pastikan kebenaran itu telah diperolehi.
4.6.8. Bertanggungjawab membuat laporan dalam buku rekod kegiatan kokurikulum sekolah
mengenai semua kenyataan, kejayaan, kegagalan dan keputusan selepas sesuatu
pertandingan atau aktiviti dijalankan.
71

