Page 72 - DINAS 2019
P. 72
4.7. BENDAHARI PERSATUAN
4.7.1. Bertanggungjawab menyimpan semua akaun persatuan dan juga butir-butir kewangan
(termasuk bil-bil dan resit-resit)
4.7.2. Bertanggungjawab untuk memunggut wang yuran (jika perlu).
4.7.3. Bertanggungjawab melengkapkan buku lejar dan memastikan butir-butir disemak oleh guru
penasihat setiap penggal.
4.7.4. Dikehendaki membuat laporan kewangan dan menyerahkan kepada guru akaun sebelum
akhir setiap semester.
5.0 PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM
5.1. Keahlian:
5.1.1. Guru kelas dikehendaki menetapkan keahlian pelajar dari kelas masing-masing di dalam unit
beruniform / persatuan / kelab semasa pendaftaran kokurikulum.
5.1.2. Setiap pelajar wajib menganggotai sekurang-kurangnya tiga aktiviti iaitu;
5.1.2.1. satu unit beruniform.
5.1.2.2. satu kelab akademik atau bukan akademik.
5.1.2.3. satu kelab permainan (sebagai pilihan).
Bagi pelajar Islam wajib ditambah dengan Persatuan Islam.
5.1.3. Taburan ahli:-
5.1.3.1. Unit Beruniform
Kadet Polis
Kadet Bomba
Kadet Remaja Sekolah
Pengakap
PBSM
5.1.3.2. Persatuan Akademik
Setiap persatuan hendaklah mendaftarkan ahlinya seramai lebih kurang 40 orang
kecuali Persatuan Islam.
5.1.3.3. Kelab Bukan Akademik
Setiap kelab bukan akademik dikehendaki mendaftarkan ahlinya seramai lebih
kurang 40.
5.1.3.4. Kelab Permainan
Setiap kelab permainan diminta mendaftarkan ahlinya sekurang-kurangnya 100
orang ahli kelab.
5.2. Pembahagian kumpulan
Pasukan unit beruniform / persatuan / kelab bukan akademik / kelab permainan boleh dibahagikan
kepada beberapa kumpulan bagi tujuan memudahkan menjalankan aktiviti.
5.2.1. Namakan kumpulan tersebut supaya dapat dikenalpasti penglibatan ahli.
72

