Page 30 - BUKU PERATURAN SEKOLAH SKS24 2021
P. 30

BAHAGIAN 8

                                         AKTIVITI KO-KURIKULUM DAN PJPK

                   8.1                     PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN (PJPK)

                          a)  Pada waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, semua pelajar mesti
                              mengambil bahagian, kecuali jika mendapat kebenaran guru dan mempunyai
                              surat akuan doktor yang mengesahkan ketidakcergasan untuk menyertai
                              aktiviti bagi mata pelajaran tersebut.

                          b)  Murid tidak dibenarkan menyertai aktiviti Pendidikan Jasmani tanpa pakaian
                              yang sesuai atau dengan berpakaian seragam sekolah.

                          c)  Murid mesti mengikut arahan guru semasa melakukan kemah iran as as
                              pergerakan atau permainan

                          d)  Sekiranya anda tidak selesa atau diluar kemampuan diri semasa aktiviti
                              pergerakan, anda harus berhenti dan memberitahu guru.

                          e)  Murid hendaklah melaporkan segala kerosakan alat kepada guru yang
                              bertugas jika alat yang rosak selepas digunakan. Jika terdapat alatan yang
                              rosak, jangan gunakan dan laporkan kepada guru.

                          f)  Murid hendaklah melaporkan kemalangan yang berlaku kepada guru yang
                              bertugas.

                          g)  Murid hendaklah berbaris selepas tamat aktiviti dan berjalan dalam barisan
                              menuju ke tapak perhimpunan.
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35