Page 35 - BUKU PERATURAN SEKOLAH SKS24 2021
P. 35

b)     Urusan pembelian hendaklah dibuat pada waktu rehat atau selepas waktu
                          persekolahan sahaja.

                   c)     Murid yang hendak berurusan dengan kedai buku sekolah pada waktu
                          pembelajaran hendaklah mendapat kebenaran daripada guru masing-masing.


                   12.4   PENGGUNAAN TELEFON AWAM

                   a)     Penggunaan kemudahan telefon hanya dibenarkan pada waktu rehat atau sebelum
                          dan selepas waktu persekolahan.

                   b)     Sekiranya berlaku kecemasan atau keperluan mendesak penggunaan kemudahan
                          telefon awam pada waktu pembelajaran hendaklah dengan kebenaran guru.

                   c)     Murid bertanggungjawab terhadap keselamatan telefon awam.
                          Sila laporkan sebarang kerosakan kepada pihak sekolah.


                   12.5   KHIDMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


                   a)     Murid yang ingin berjumpa kaunselor, pelajar hendaklah mendaftarkan diri
                          dengannya pada waktu tidak belajar untuk berurusan.

                   b)     Murid yang ada temujanji dengan kaunselor hendaklah mendapatkan kebenaran
                          guru dalam kelas sebelum meninggalkan kelas.

                   12.6   KEMUDAHAN RAWATAN

                   a)     Murid yang perlu berehat di bilik rawatan kerana masalah kesihatan hendaklah
                          mendapatkan kebenaran dan bantuan dari Penolong Kanan HEM atau guru
                          bertugas.
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40