Page 33 - BUKU PERATURAN SEKOLAH SKS24 2021
P. 33

BAHAGIAN 12

                                        MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH
                                              Surat Pekeliling Iktisas Bil 8/1999
                                              Surat Pekeliling Iktisas Bil 8/2001

                   12.1  HARTA BENDA SEKOLAH

                   a)     Harta  benda  sekolah  hendaklah  digunakan  sebaik-baiknya.  Murid  hendaklah
                          bertanggungjawab  menggantikan  kerosakan  atau  kehilangan  disebabkan  oleh

                          mereka.


                   b)     Murid dilarang menconteng atau merosakkan harta benda sekolah seperti perabot,

                          papan kenyataan, dinding-dinding atau mana-mana bahagian sekolah.


                   c)     Sebarang  kerosakan  hendaklah  dilaporkan  kepada  guru  bertugas  atau  guru
                          Inventori untuk tindakan selanjutnya. (Surat Pekeliling Iktisas Bil.8/2003)


                   d)     Murid tidak dibenarkan mengalih atau mengubahsuai kedudukan perabot sekolah

                          tanpa kebenaran dan pengawasan guru.


                   e)     Pastikan paip air, lampu, kipas dan semua suis dimatikan sebelum meninggalkan

                          kelas.


                   12.2   PENGGUNAAN TANDAS


                   a)     Murid dibenarkan ke tandas pada waktu-waktu berikut, iaitu sebelum waktu
                          pertama,pada waktu rehat dan selepas tamat waktu belajar.
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38