Page 34 - BUKU PERATURAN SEKOLAH SKS24 2021
P. 34
b) Tuala wanita (pad) yang telah digunakan hendaklah dibungkus elok-elok dan
dibuangkan ke dalam bekas/tong khas yang disediakan.
c) Sikap berjimat dalam penggunaan air hendaklah diamalkan.Pastikan paip air
ditutup setelah digunakan.
d) Semua pelajar bertanggungjawab terhadap kebersihan tandas. Elakkan perbuatan
tidak mengepam tandas setelah digunakan, menconteng tandas dan sebagainya.
e) Sebarang kerosakan di tandas hendaklah dimaklumkan kepada guru bertugas
dengan segera.
12.3 Buku Teks SPBT
a) Buku-buku SPBT hendaklah disampul dan dijaga dengan baik.
b) Murid bertanggungjawab terhadap penggantian buku-buku yang rosak atau hilang
atau membayar kos harga buku-buku tersebut.
c) Murid dilarang sarna sekali rneninggalkan buku SPBT di kelas atau di seko'ah
se'epas waktu perseko'ahan.
d) Kegagalan pelajar mematuhi peraturan yang ditetapkan akan menyebabkan
kemudahan pinjaman SPBT ditarik balik.
12.4 KEDAI BUKU SEKOLAH
a) Kedai Buku Sekolah hanya dibuka pada waktu persekolahan dan pada waktu-
waktu tertentu. Sila rujuk papan kenyataan Kedai Buku Sekolah.

