Page 85 - Asas Komputer Tingkatan 1
P. 85

Aktiviti Berfikir
                  Aktiviti Berfi kir 3.1
                      Individu
                                     Melukis carta alir dan menulis pseudokod
                Mesin ATM menggunakan algoritma di bawah untuk menyemak akaun seorang pelanggan
                dan memaklumkan sama ada baki dalam akaunnya mencukupi untuk membuat
                pengeluaran wang yang dikehendaki.


                          1. Baca nombor akaun yang dimasukkan oleh pelanggan.
                          2. Baca jumlah wang yang hendak dikeluarkan oleh pelanggan.
                          3. Semak baki wang dalam akaun pelanggan.
                          4. Jika baki dalam akaun lebih besar daripada wang yang hendak dikeluarkan,
                            (a)  paparkan mesej “Permintaan anda sedang diproses.”
                            (b)  keluarkan jumlah wang yang dikehendaki.
                          5. Jika baki dalam akaun kurang atau sama dengan wang yang hendak
                            dikeluarkan, paparkan mesej “Wang dalam akaun tidak mencukupi.”
                          6. Tamat transaksi.

                1.  Lukis satu carta alir bagi mewakili algoritma ini.
                2.  Tulis satu pseudokod bagi algoritma ini.


               Struktur kawalan pelbagai pilihan (multi selection)
               Struktur kawalan pelbagai pilihan mengandungi lebih daripada dua set tindakan yang
               berlainan sebagai pilihan untuk dilaksanakan. Set tindakan yang dilaksanakan bergantung
               kepada pilihan syarat yang didapati benar. Rajah 3.12 dan Rajah 3.13 menunjukkan
               pseudokod dan carta alir bagi struktur kawalan pelbagai pilihan.






                                                                   Memenuhi    Ya    Set tindakan A
                                                                   syarat 1?

                                                                 Tidak
                 :
                 :                                                 Memenuhi    Ya
                 JIKA memenuhi syarat 1                            syarat 2?         Set tindakan B
                   LAKSANAKAN Set tindakan A
                 JIKA memenuhi syarat 2                          Tidak
                   LAKSANAKAN Set tindakan B
                 JIKA memenuhi syarat 3                            Memenuhi    Ya    Set tindakan C
                   LAKSANAKAN Set tindakan C                       syarat 3?
                 JIKA TIDAK
                   LAKSANAKAN Set tindakan D                     Tidak
                 TAMAT JIKA                                      Set tindakan D
                 :
                 :

               Rajah 3.12   Pseudokod bagi struktur kawalan   Rajah 3.13   Carta alir bagi struktur kawalan
                          pelbagai pilihan (melibatkan                  pelbagai pilihan (melibatkan
                          empat pilihan)                                empat pilihan)
                  76
                         BAB 3  Algoritma





       UNIT03_3.1_70-91.indd   76                                                                      11/11/16   2:46 PM
   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90