Page 165 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 165
Pengesanan Awal
Pengesanan pada peringkat awal penyakit penting bagi semua individu. Antara kebaikan
pengesanan awal penyakit jangkitan seksual adalah seperti yang berikut:
➤ Menyelamatkan nyawa pesakit / individu yang tidak berdosa. PENYAKIT
Kesedaran awal dapat menyelamatkan nyawa seseorang terutama jika menghidap penyakit
seksual seperti HIV atau AIDS.
➤ Mengelakkan pasangan yang sah daripada terkena jangkitan.
Apabila salah seorang daripada pasangan mendapat penyakit kelamin, doktor pakar akan
menyarankan hubungan kelamin yang selamat kepada kedua-dua pasangan.
➤ Mengelakkan bayi dalam kandungan daripada dijangkiti penyakit STI.
Ubat-ubatan yang sesuai dengan penyakit boleh mengelakkan bayi daripada dijangkiti
penyakit STI.
Beberapa kaedah rawatan dapat
dilakukan bagi mencegah penyakit INFO EKSTRA
jangkitan seksual, iaitu: Terdapat penyakit jangkitan seksual yang boleh
➤ Mengambil antibiotik dan antiviral diubati dan pulih sepenuhnya. Namun, ada
yang diberi dan disarankan oleh juga penyakit jangkitan seksual yang hanya
doktor pakar. dapat dikurangkan simptomnya melalui
➤ Membuat pemeriksaan doktor secara pengambilan ubat-ubatan tanpa pulih
berkala. sepenuhnya seperti Herpes dan HIV.
➤ Menjauhi daripada melakukan hubungan Ingat, bukan semua penyakit ini boleh dirawat,
seks dengan pasangan yang dijangkiti. sesetengahnya boleh membawa maut!
(Sumber: www.myhealth.gov.my) (Sumber: www.myhealth.gov.my)
Ibu bapa harus bersikap terbuka membincangkan hal-hal berkaitan pendidikan seks dengan
anak-anak demi membendung masalah penyakit jangkitan seksual. Berikan komen anda.
157
SP 6.1.2

