Page 166 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 166

Kesan Penyakit Jangkitan Seksual

           Penyakit jangkitan seksual ini jika dibiarkan berlarutan boleh membawa kemudaratan dan
           meninggalkan kesan buruk kepada individu, keluarga dan masyarakat.

            Individu
            è  Pesakit akan mengalami kerosakan otak, mata, sistem saraf, tulang dan sendi.
            è  Jangkitan  yang  teruk  akan  menyebabkan  kerosakan  organ  reproduktif  yang  membawa
                kepada kemandulan.
            è  Wanita mengandung boleh menjangkiti bayi mereka semasa bersalin.

            Keluarga

            è  Keluarga pesakit akan dipinggirkan dengan tanggapan bahawa pesakit mendapat
                penyakit kerana  terlibat dalam aktiviti yang tidak sihat.
            è  Keluarga pesakit  terpaksa mengeluarkan kos rawatan yang mahal untuk merawat pesakit
                yang menghidapi penyakit jangkitan seksual.
            è  Seluruh ahli keluarga perlu berhati-hati jika terdapat pesakit yang menghidapi penyakit
                jangkitan seksual kerana penyakit ini mudah berjangkit terutama melalui sentuhan serta
                berkongsi pakaian dan alatan.

            Masyarakat

            è  Masyarakat akan memandang serong terhadap penghidap penyakit jangkitan seksual.
            è  Masyarakat takut mendekati pesakit jangkitan seksual seperti HIV dan AIDS akibat stigma
                masyarakat yang menganggap penyakit ini berpunca daripada gaya hidup yang tidak
                sihat dan mudah berjangkit.

           Amalan Gaya Hidup Sihat untuk
           Mencegah Penyakit Jangkitan Seksual

           Amalan gaya hidup sihat penting untuk mencegah penyakit jangkitan seksual. Pelbagai gaya
           hidup sihat boleh diamalkan seperti yang berikut:

           Melibatkan Diri dalam Aktiviti         Menjadikan Aktiviti Keagamaan Sebagai Rutin Hidup
           Kesukanan dan Rekreasi                 ◆  Menjadikan solat berjemaah sebagai rutin hidup.
           ◆  Luangkan masa untuk beriadah  ◆  Menghadiri program kerohanian untuk mengenali
               bersama-sama rakan dan keluarga.       erti kehidupan yang sebenar.
           ◆  Lakukan aktiviti luar yang anda suka.
           ◆  Rancang masa yang berkualiti untuk  Mengaplikasikan Kemudahan Media Massa
               keluarga dan rakan.                ◆  Berperanan sebagai agen penyampai maklumat
                                                      gaya hidup sihat dalam kalangan remaja.
           Melibatkan Diri dalam Aktiviti         ◆  Aplikasi terkini seperti  Instagram dan  Twitter
           Kemasyarakatan                             dapat menyebarkan maklumat secara lebih
           ◆  Menyertai aktiviti sosial anjuran       berkesan kerana media sosial ini dekat dengan
               penduduk setempat.                     remaja.



       158     SP    6.1.3, 6.1.4
   161   162   163   164   165   166   167   168   169   170   171