Page 168 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 168

7.0     Keselamatan








                       STANDARD
                   PEMBELAJARAN

           ●  Menjelaskan jenis buli siber.
           ●  Menerangkan kesan buli siber terhadap
               diri dan keluarga.
           ●  Menilai situasi yang mendedahkan diri
               menjadi mangsa buli siber.
           ●  Menjana idea cara menangani dan
               menyebar luas tentang buli siber.















                 ebanyakan kita  mudah  lupa  diri  apabila  melayari media
                 sosial seolah-olah ingin menunjukkan kehebatan mengkritik,
          Kmenegur dan mengecam orang lain semata-mata untuk
           mendapatkan beribu-ribu tanda ‘suka’ dan ‘kongsi’. Kita lupa bahawa
           perbuatan kita itu telah menyebabkan individu yang menjadi mangsa
           kecaman  berasa  tertekan  dan  tertindas.  Ada  kalanya  perbuatan
           buli  siber  ini  boleh  menyebabkan  mangsa  mencederakan  diri
           sendiri akibat tekanan berpunca daripada sikap individu yang tidak
           bertanggungjawab. Individu pelaku hanya akan berasa terkesan
           akibat perbuatannya apabila kenalan terdekat ataupun ahli keluarga
           mereka menjadi mangsa buli siber. Dengan adanya undang-undang
           seperti Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Komunikasi dan Multimedia
           1998 dan Akta Kanak-Kanak 2001 gejala buli siber ini dapat ditangani.
           ( KKMM, 2020).










       160
   163   164   165   166   167   168   169   170   171   172   173