Page 46 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 46

Strategi Serangan


                 ebolehan pasukan hoki melakukan serangan bergantung kepada keberkesanan strategi
                 yang telah dirancang. Strategi serangan yang berkesan sudah pasti dapat mengatasi
           Kkeupayaan pertahanan pasukan lawan. Strategi pasukan perlu dirancang dan ditentukan
           oleh pemain dan jurulatih hoki. Mereka perlu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pasukan
           lawan. Pemilihan formasi serangan yang tepat akan memberikan kelebihan kepada pasukan
           untuk menjaringkan gol kemenangan.

           Formasi 3-3-3-1

           ➤  Formasi 3-3-3-1 ini berkesan untuk strategi
               permainan menyerang kerana pergerakan
               serangan dan bertahan melibatkan sokongan         Sweeper
               pemain.
           ➤  Semasa menyerang, dua orang pemain tengah
               di posisi tepi akan  overlap sebagai pemain
               sayap. Pada masa yang sama, dua pemain
               pertahanan bergerak untuk menyokong di
               bahagian tengah.                                   Arah serangan
           ➤  Tiga orang pemain penyerang mencari ruang
               dalam kawasan D dan bersedia menerima         Petunjuk
               hantaran untuk menjaringkan gol.                     Pergerakan pemain
           ➤  Sekiranya berlaku serangan balas, tiga orang          Hantaran bola
               pemain pertahanan akan disokong oleh
               sweeper yang bersedia memintas pergerakan
               pasukan lawan.





                                                                Sweeper

                                                                       M1



                                                                          M3








                                                           M2






        38     SP    1.4.1, 5.1.1, 5.1.2
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51