Page 51 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 51

Kawalan Zon
            ➤  Kawalan zon merupakan strategi pertahanan yang
                sering digunakan untuk mengawal pergerakan
                serangan pasukan lawan.
            ➤  Pemain pertahanan mempunyai kelebihan menutup
                ruang dan memintas hantaran pasukan lawan.
            ➤  Strategi ini membolehkan pemain mengawal lebih                                             HOKI
                daripada  seorang  pemain  pasukan  lawan  dengan
                mengehadkan ruang pergerakan lawan.
            ➤  Kawalan zon juga mampu menghalang bola daripada
                memasuki kawasan D dan menyukarkan pasukan
                penyerang melakukan jaringan.

             Satu Lawan Satu

             ➤  Kawalan satu lawan satu sering digunakan oleh pasukan
                yang mempunyai tahap kecergasan yang tinggi.
             ➤  Lebih ramai bilangan pemain tengah dan serangan yang
                turun membantu pertahanan apabila pasukan diserang.
             ➤  Setiap pemain akan mengawal seorang penyerang
                pasukan lawan dan mengehadkan pergerakan pemain
                pasukan lawan.
             ➤  Pasukan lawan akan menghadapi kesukaran untuk
                menembusi pertahanan dan menjaringkan gol.
             ➤  Pemain perlu berhati-hati daripada melakukan halangan
                atau kekasaran.


            Strategi Pertahanan Sudut Penalti


            Sistem Larian 1-3

             ➤  Tiga orang pemain yang berdiri dari dalam gol mempunyai peranan sebagai pelari
                pertama, kedua dan ketiga.
             ➤  Apabila bola ditolak oleh pusher kepada stopper, pelari pertama akan memecut ke arah stopper dan
                hitter untuk menghalang sebarang pukulan.
             ➤  Pelari kedua pula berlari ke arah pemain
                bersebelahan hitter dan bertindak sebagai           GLOSARI
                pelapis pelari pertama.                       Bateri  –  Istilah yang digunakan untuk
             ➤  Jika pasukan lawan menggunakan dua bateri,            menentukan penggunaan strategi
                maka pelari kedua akan menuju ke arah bateri          satu stopper dan satu hitter (satu
                kedua. Pelari ketiga pula akan melihat ke arah        bateri) atau dua stopper dan dua
                bola yang dihantar oleh hitter sekiranya pasukan      hitter (dua bateri) dalam pukulan
                lawan menggunakan set-piece bervariasi.               sudut penalti.



                                                                      SP    1.4.3, 5.1.2, 5.2.3, 5.5.2  43
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56