Page 49 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 49

Contoh Pukulan Bervariasi (Indirect Hit)

             Variasi Pukulan dari Sebelah Kanan Tiang Gol
             ●  Dalam set-piece ini, bola yang ditahan oleh stopper akan dipukul atau ditolak deras oleh
                 hitter ke arah sisi luar tiang gol.
             ●  Sebaik sahaja melakukan tolakan, pusher akan terus berlari ke arah tiang gol kanan dengan
                 memegang kayu kilas untuk menyentuh dan membiaskan bola ke arah gol.
                                                                                                          HOKI
                                  M2   M3                               Petunjuk
                                                                                 Pergerakan pemain
                                                                                 Pergerakan bola





                            M4

                                                                                         IMBAS QR
                                                                               M1       Cara Melakukan
                                                                                       Pukulan Bervariasi
                                                                                        Sebelah Kanan
                                                                                          Tiang Gol
                 Cara Bermain

             1  Murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap murid bertindak sebagai
                pusher (M1), stopper (M2), hitter (M3) dan penjaga gol (M4).
             2  Bola ditolak masuk oleh M1 di kedudukan sepuluh meter daripada tiang gol.
             3  Kemudian M1 menolak bola ke arah stopper yang memastikan bola ditahan    IMBAS QR
                di luar garisan D.                                                      Cara Melakukan
             4  (a)  M2 akan menolak masuk bola ke dalam kawasan D untuk dipukul oleh   Pukulan Bervariasi
                                                                                         Sebelah Kiri
                    M3 bagi variasi direct hit, atau                                      Tiang Gol
                (b)  M2 akan menahan bola di luar kawasan D dan M3 berperanan
                    mendorong bola masuk ke dalam kawasan D serta menyungkit bola
                    untuk drag flick, atau
                (c)  M2 akan menahan bola di kawasan D dan M3 akan memukul bola ke
                    arah kanan atau kiri tiang gol, atau juga ke arah titik penalti strok untuk
                    dibiaskan bola ke arah gawang dalam variasi pukulan sudut pendek     IMBAS QR
                    (indirect penalty corner hit).                                      Cara Melakukan
             5  Murid akan bertukar peranan selepas melakukan semua strategi serangan   Pukulan Bervariasi
                sudut penalti.                                                          dari Tengah Titik
                                                                                          Penalti Strok
            Kekuatan dan Kelemahan

             Kekuatan
             •  Pemain boleh memilih dan menentukan sendiri variasi pukulan dan menyukarkan pertahanan untuk
               menghalang jaringan.
             Kelemahan
             •  Sedikit kesilapan hantaran oleh pusher atau stopper akan menggagalkan variasi.
                                                                                                   41
                                                                  SP    1.4.3, 2.4.3, 5.1.2, 5.2.3, 5.5.2
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54