Page 86 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 86
Kawalan Zon
Antara posisi pemain semasa memadang ialah posisi dalam (deep position), posisi tertutup
(close position) dan posisi pertengahan (medium position).
Petunjuk
1 - Pitcher 2 - Catcher 3 - First base
4 - Second base 5 - Third base 6 - Short stop
7 - Left field 8 - Center field 9 - Right field
Posisi Dalam (Deep Position)
8
Kedudukan pemadang dalam posisi ini adalah
hampir memenuhi semua kawasan permainan 7 9
terutamanya di bahagian hujung kawasan 6 4
permainan. Pasukan pemadang menggunakan 5 3
posisi ini apabila mereka mengetahui pemukul 1
mempunyai kemahiran memukul bola dengan
kuat dan jauh. Pukulan bola dengan kuat dan
jauh selalunya dilakukan oleh pemukul terakhir Pemukul
yang memerlukan satu larian lengkap untuk
pasukan apabila rakan sepasukan pemukul telah 2
tersingkir dalam permainan.
Posisi Tertutup (Close Position)
Strategi memadang secara close position 8
digunakan apabila pemadang menjangkakan
pukulan pemukul adalah tidak terlalu kuat 7 9
atau jauh. Strategi ini selalunya digunakan oleh 6
pemukul yang menggunakan teknik pukulan 4
menampan bola bagi memastikan pelari tapak 5 1 3
di tapak 3 dapat berlari ke tapak terakhir untuk
mendapatkan satu larian kepada pasukan. Pemukul
Posisi pemadang adalah hampir kepada 2
pemukul dan strategi memadang ini juga
merupakan salah satu teknik mengganggu
konsentrasi pemukul terutamanya untuk
pemukul yang kurang berpengalaman.
GLOSARI
Konsentrasi – Tumpuan
78 SP 1.7.2, 2.7.1, 2.7.2, 2.7.3, 5.4.2

