Page 88 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 88

AKTIVITI     PAK 21

           Tajuk: Papan Juara
           Alatan: Papan nipis, magnet dan pena penanda
           Tempat: Kelas
           Masa: Waktu PdP PJPK
           Arahan:
           1  Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada lima orang setiap
               kumpulan.
           2  Setiap kumpulan diberikan sekeping papan nipis berukuran 40 cm × 40 cm.
           3  Guru meminta murid menggunakan kreativiti mereka untuk menjadikan papan tersebut
               sebagai papan yang boleh menunjukkan kedudukan pemadang dalam situasi permainan
               sebenar.
           4  Murid digalakkan mereka cipta Papan Juara tersebut dengan menggunakan alatan yang
               mudah diperoleh. Penggunaan barangan atau alatan yang boleh diguna semula amat
               digalakkan.
           5  Murid boleh berbincang dan merangka pembinaan papan tersebut serta membuat
               pembentangan pada waktu PdP PJPK yang akan datang.
           6  Kumpulan yang paling kreatif menghasilkan papan juara dikira sebagai pemenang.
           7  Setelah papan juara disediakan, cuba lakarkan jika pelari berada di tapak 2 dan 3.
               Apakah strategi memadang yang sesuai digunakan?
































           Catatan/Komen/Maklum Balas Murid:

           Rumusan Guru:

        80
   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93