Page 87 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 87

Posisi Pertengahan (Medium Position)

             Posisi pasukan pemadang di tengah, iaitu di antara hujung padang dan tempat pemukul. Posisi
             ini digunakan apabila pasukan pemadang tidak dapat menjangkakan kekuatan pukulan yang
             akan dipukul oleh pemukul.

                                                                                                          SOFBOL



                                                   8       6
                                            7          4         9


                                                 5          3
                                                       1




                                                      M1  Pemukul
                                                       2



                 Cara Bermain

             1  Murid dibahagikan kepada dua kumpulan.
             2  Kedua-dua kumpulan akan menggunakan kemahiran memadang yang dipelajari.
             3  Pasukan A akan bertindak sebagai pengumpan bola dan pemukul. Manakala kumpulan B
                akan bertindak sebagai pemadang.
             4  Sebelum murid satu (M1) membuat pukulan, semua pemain kumpulan B akan bergerak
                menyusun pemain mengikut posisi bersesuaian dengan pukulan yang akan dilakukan.
             5  12 biji bola akan dipukul. Setiap bola yang berjaya ditangkap kemas akan mendapat 1 mata.
             6  Pasukan yang berjaya memperoleh lima mata terawal dikira sebagai pemenang. Permainan
                ini akan dilakukan dengan kumpulan bertukar peranan.
             7  Permainan ini dimainkan dalam situasi permainan sebenar dengan mengaplikasikan
                peraturan dan undang-undang permainan sofbol.


            Kekuatan dan Kelemahan
            Kekuatan
            •  Strategi ini dapat memastikan pemadang mengawal kawasan permainan dengan baik.
            Kelemahan
            •  Pasukan  memadang  kadangkala  tersilap  membuat  anggaran  strategi  pemukul  yang  memudahkan
               pemukul mendapat mata.



                    Lukis strategi memukul jika ada pelari di tapak 1, tapak 2, tapak 3 dan di semua tapak.
                    Bincangkan bersama ahli kumpulan.

                                                                                                   79
   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92