Page 90 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5 KSSM
P. 90

REKREASI DAN KESENGGANGAN








                       STANDARD
                     KANDUNGAN


           ●  Melakukan aktiviti rekreasi dan kesenggangan.
           ●  Mengaplikasikan strategi dan idea kreatif
               dalam aktiviti rekreasi dan kesenggangan.
           ●  Mematuhi dan mengamalkan elemen
               pengurusan dan keselamatan.
           ●  Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab
               kendiri semasa melakukan aktiviti.
           ●  Berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa
               melakukan aktiviti.
           ●  Membentuk kumpulan dan bekerjasama
               dalam kumpulan.
           ●  Memahami dan mengaplikasikan etika dalam
               sukan semasa melakukan aktiviti fizikal.






                 emahiran rekreasi dan kesenggangan dalam unit ini melibatkan
                 permainan kecil dan tradisional. Dalam aktiviti ikhtiar hidup, murid
          Kdidedahkan dengan teknik memasak dengan  menggunakan
           kaedah membakar, memanggang atau merebus secara primitif dengan
           menggunakan  sumber  semula  jadi  seperti  buluh,  tanah  liat  dan  kayu
           sebagai bahan api. Nilai kelestarian alam dan keselamatan diterapkan
           semasa melakukan aktiviti-aktiviti ini.
               Permainan kecil pula menggunakan bola kecergasan (fit ball)
           sebagai medium untuk permainan kecil seperti permainan Pukul
           Golek dan permainan Bola Lantunan. Sementara permainan tradisional
           terdiri daripada permainan Hoki Terbang dan Usung Balak. Murid dapat
           memupuk semangat bekerjasama dalam permainan tradisional Hoki
           Terbang dan Usung Balak.







                                                                                                                         Bola Kecergasan                  Permainan Usung Balak             Permainan Hoki Terbang

        82                                                                                                                                                                                                     83
   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95