Page 115 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan2
P. 115

UNit    REkREasi Dan
 7  kEsEnggangan











                                                                             Simpulan buku sila.




 STANDARD KANDUNGAN



 •  Melakukan aktiviti rekreasi dan kesenggangan.

 •  Mengaplikasikan strategi dan idea kreatif dalam
 aktiviti rekreasi dan kesenggangan.                                            Berkhemah.

 •  Mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan
 dan keselamatan.

 •  Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab
 kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal.

 •  Berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa
 melakukan aktiviti fizikal.
                                                                                  Gajet.
 •  Membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam
 kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal.

 •  Memahami dan mengaplikasikan etika dalam
 sukan semasa melakukan aktiviti fizikal.




 Rekreasi dan kesenggangan merupakan aktiviti terancang yang bertujuan memberi kepuasan,   Bermain jengkek ligan.
 keseronokan serta ketenangan jiwa dan minda kepada individu yang terlibat. Aktiviti rekreasi
 yang boleh dilakukan adalah seperti perkhemahan, berkayak, mendaki gunung, berakit dan juga
 permainan tradisional. Penglibatan murid dalam aktiviti rekreasi dan kesenggangan ini mampu
 memelihara serta memupuk persefahaman, semangat kerjasama, mewujudkan suasana kemesraan
 dan mengeratkan perhubungan. Hal ini dapat menggalakkan perkembangan nilai-nilai hidup yang
 sihat dalam kalangan murid. Murid juga boleh mengaplikasikan jenis simpulan dan ikatan semasa
 membina khemah dan gajet. Topik ini juga merangkumi permainan tradisional, iaitu jengkek ligan
 dan bola tuju kaki.
                                                                             Bermain tuju kaki.
                            Gajet – Alatan yang dibina
                            ketika perkhemahan.


                                                                                                      107
 106106                                                                                               107
   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119   120