Page 114 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan2
P. 114
UNit REkREasi Dan
7 kEsEnggangan
Simpulan buku sila.
STANDARD KANDUNGAN
• Melakukan aktiviti rekreasi dan kesenggangan.
• Mengaplikasikan strategi dan idea kreatif dalam
aktiviti rekreasi dan kesenggangan. Berkhemah.
• Mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan
dan keselamatan.
• Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab
kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal.
• Berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa
melakukan aktiviti fizikal.
Gajet.
• Membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam
kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal.
• Memahami dan mengaplikasikan etika dalam
sukan semasa melakukan aktiviti fizikal.
Rekreasi dan kesenggangan merupakan aktiviti terancang yang bertujuan memberi kepuasan, Bermain jengkek ligan.
keseronokan serta ketenangan jiwa dan minda kepada individu yang terlibat. Aktiviti rekreasi
yang boleh dilakukan adalah seperti perkhemahan, berkayak, mendaki gunung, berakit dan juga
permainan tradisional. Penglibatan murid dalam aktiviti rekreasi dan kesenggangan ini mampu
memelihara serta memupuk persefahaman, semangat kerjasama, mewujudkan suasana kemesraan
dan mengeratkan perhubungan. Hal ini dapat menggalakkan perkembangan nilai-nilai hidup yang
sihat dalam kalangan murid. Murid juga boleh mengaplikasikan jenis simpulan dan ikatan semasa
membina khemah dan gajet. Topik ini juga merangkumi permainan tradisional, iaitu jengkek ligan
dan bola tuju kaki.
Bermain tuju kaki.
Gajet – Alatan yang dibina
ketika perkhemahan.
107
106106 107

