Page 110 - Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan2
P. 110
merejam sasar Teknik lakuan
Kemahiran Merejam Lembing
Aktiviti merejam sasar dapat mengukuhkan kemahiran murid-murid dalam teknik merejam
lembing. Murid-murid dapat dilatih supaya lebih fokus, berani dan tangkas dengan menggunakan
pelbagai alatan untuk disasarkan pada kawasan sasaran. Batang mop, batang penyapu dan
paip PVC boleh diubah suai bagi menggantikan lembing sebenar sebagai langkah keselamatan
ketika mempelajari kemahiran merejam lembing. Manakala bola lisut dan bola tenis pula boleh Olahraga Asas
digunakan sebagai alatan untuk latihan ansur maju sebelum menggunakan lembing ubah suai
atau lembing sebenar. Alatan-alatan tersebut sesuai digunakan bagi mengelakkan berlaku
kemalangan dan kecederaan.
Olahraga Asas
1 2 3 4 5 6 7
Pastikan sudut
pelepasan alatan ubah Merejam lembing.
suai tepat untuk jarak
Cara bermain: yang maksimum.
1. Murid berdiri hampir dengan garisan
permulaan untuk memulakan aktiviti.
2. Berlari ke arah garisan untuk merejam.
3. Rejam alatan ubah suai ke kawasan rejaman.
4. Jarak rejaman yang jauh memberikan
mata yang lebih banyak.
5. Mata diberikan mengikut garisan
markah yang telah ditetapkan.
Peringatan:
1. Lakukan senaman memanaskan badan
sebelum memulakan setiap aktiviti dan
menyejukkan badan selepas menamatkan
setiap aktiviti. Larian saya
2. Pastikan kawasan permainan selamat. perlu laju dan
terkawal untuk
menghasilkan daya
yang besar.
Rejaman Sah dan batal
• Pegang pada bahagian balutan semasa melakukan rejaman lembing. • Jangan berlari ketika membawa dan mengambil lembing.
• Rejaman dibatalkan jika peserta menyentuh garis lengkung atau kawasan • Mata lembing hendaklah dihalakan ke bawah.
di hadapannya. • Pastikan tiada orang di hadapan semasa melakukan rejaman.
• Peserta hanya boleh meninggalkan landasan larian setelah lembing mendarat. • Lembing yang tidak digunakan perlu ditusuk ke tanah.
• Berlatih di bawah pengawasan guru.
• Rejaman lembing mesti dilakukan melalui atas bahu. • Pungut lembing setelah semua selesai merejam. Imbas kod Zappar
102 SP: 1.7.3, 2.7.6, 2.7.7, 5.1.2, 103
5.2.1, 5.3.2, 5.3.3

